Wednesday, November 10, 2010

Fikir sejenak : KAlau Tun M cakap, diorang tak percaya. Kalau Zaid bercerita.. bagaimana pula?

Penipuan berleluasa: Zaid

SHAH ALAM - Selepas menimbulkan kontroversi mahu bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim sekali lagi membuat kejutan apabila membuat keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dan semua jawatannya dalam parti itu.

Zaid berkata, ketika menawarkan diri menyertai PKR, beliau berharap boleh membawa politik progresif, memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara.

"Bagaimanapun, sebenarnya saya tersilap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya, semalam.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan ini kerana melihat tidak ada usaha kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan parti.

"Perkara berkenaan telah berulang-kali ditimbulkan. Sepanjang pemilihan PKR, tiada usaha kepimpinan secara aktif menangani perkara ini dan membiarkan salah laku serta penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu," katanya.

Zaid berkata, beliau yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

Penarikan diri bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu memperlihatkan beliau begitu kecewa dan tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang didakwanya 'cacat'.

Katanya, beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang dan akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata serta terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Saya berharap peminat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai ‘spoiler’ yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

Zaid kini berada di tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan berkenaan antara dua naib presiden, Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

Difahamkan Zaid akan mengadakan sidang media hari ini bagi mengumumkan secara rasmi dan menjawab pelbagai persoalan sehingga beliau mengambil tindakan tarik diri. Sumber : Sinar Harian
.................................................................................

Fikir lah sendiri. Juak2 PR pastinya akan tidak mempercayai jika kenyataan berkenaan dibuat oleh pihan dalam BN yang pernah bersama2 Anwar berjuang suatu ketika dahulu. Tetapi kini yang tampil menceritakan kepincangan berkenaan adalah ahli, pemimpin, rakan baik Anwar sendiri iaitu Zaid Ibrahim. Reputasi Zaid yg diangkat sebagai calon PR pada PRK yang lalu menunjukkan bertapa keyakinan Anwar terhadap Zaid itu sendiri. Tetapi kini apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Zaid pernah dilihat berdamping dengan Mr. Bala dan Mr. RPK selepas menyeberangi jambatan politik. Tindakan ini jelas kepercayaan terhadap Zaid melampaui tahap tertentu.



Namun kekecohan dalam beberapa hari ini berkaitan isu pemilihan mencetuskan era baru dalam PKR dan tindakan meletak jawatan tetapi bukan keahlian menunjukkan Zaid bijak dalam menterjemahkan propaganda diantara Anwar dan Azmin.
Kerjasama erat Azmin dan Anwar menutup pintu peluang2 kepada pemimpin berwibawa menyerlahkan potensi mereka. Faktor "RAHSIA" yang digunapakai Azmin dalam melunyai Anwar perlu disingkap sejelas2nya oleh Zaid supaya ahli PKR malahan masyarakat Malaysia am mampu menilai kejujuran mereka ini dalam berpolitik.

Kepada juak2 PAS yg selama ini bersatu hati dalam menyokong Anwar perlu menilai kembali apa yang berlaku dalam PKR itu sendiri dan cermin kembali adakah iannya kebetulan semata mata. Kepada yang diatas pagar dan seperti lalang, jauhkan minda anda dari menjurus kepada Anwar dan PKR kerana mainan politik licik mereka lebih licik dari ular yg berbisa.

Fikir kan lah........................

No comments: