Monday, November 15, 2010

Emas Pertama buat Malaysia!!!

Sukan Asia XVI: Emas pertama buat Malaysia

15/11/2010 5:12pm

GUANGZHOU, China 15 Nov. - Malaysia memperoleh emas pertama Sukan Asia XVI hari ini dalam acara akhir wusyu kategori Taijijian melalui atlet, Chai Fong Ying yang tamat sebentar tadi.

Fong Ying berjaya mengumpul 9.69 mata sekali gus dapat mempertahankan emas yang diperolehi dalam acara sama empat tahun lepas di Temasya Doha pada 2006.

Perak diperolehi oleh atlet Jepun, Miyaoka Ai manakala gangsa milik atlet Taiwan, Wen Ching Ni. - Utusan


...........................

Tahniah diucapkan dan moga menjadi pencetus dan pembakar semangat untuk ahli pasukan yang lain....


Terus berjuang!!!

No comments: