Friday, November 5, 2010

Azizan Bin Tak Tau!!!!

Kerajaan Kedah lemah bantu mangsa banjir - Chee Heung

05/11/2010 9:10pm

ALOR SETAR 5 Nov. - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung membidas kerajaan negeri Kedah yang dilihat lemah dalam menangani masalah banjir yang berlaku di negeri ini.

"Bomba, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dilihat mengambil tindakan sendiri dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir. Sepatutnya kerajaan negeri perlu lebih cepat bertindak dalam membantu mangsa banjir,” katanya ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Beliau berkata, Menteri Besar Datuk Azizan Abdul Razak hanya mengadakan mesyuarat mengenai banjir hari ini, iaitu lima hari selepas banjir melanda. - Bernama


azizan razak

Ye ke? Banjir ke? mana aku tau!!.. tak tau pon!! lagipon banjir kan biasa berlaku... rakyat Kedah sepatutnya dan bersedia terlebih dahulu... jangan harapkan Kerajaan Negeri!!

No comments: