Sunday, November 7, 2010

Asri tegur Anwar : Nik Aziz tak melenting ke?



Seperti perumpamaan, pukul anak, sindir menantu. Tegur Anwar untuk berundur pasti ada yg termakan cili setelah lama di tampuk pemerintahan. Memang ramai yang suka TG lama disana, ambo pon suka sebab boleh dengar fatwa merapu meraban dan mee segeranya. Susah nak jumpa makhluk gini kecuali akhir zaman.

Yang pasti, pasti ramai yg berfikir apakah aspirasi pemuda dan golongan terkini dan berpelajaran masih tidak diperlukan dalam PAS. Jika PKR kini jelas halatuju yg dibawa oleh "KUDA TROJAN" Zaid maka dalam PAS tiada yg berani menyanggah TG dalam melakukan perubahan. Haji Hadi masih seperti dulu menurut tanpa banyak soal.

Seperti menjaga lembu sekandang, jika diharapkan BAKA TUA akan semakin "TUA" la idea2 yg keluar. Ini dapat dilihat dari IDEA2 tua di GALAS yg masih lagi diulang guna kerana fikir mereka masyarakat disana seperti zaman2 dahulu kala....

Rakyat perlu mengetahui bahawa TG sentiasa berdiri dibelakang Anwar dalam apa juga isu termasuk liwat. Kita nantikan komen TG apabila Asri menempelak rakan baiknya supaya berundur secara terhormat sebelum banyak lagi kes2 tersembunyi didedahkan dan juga tersungkur setelah PKR makin goyah sekarang.

Jika tidak diubah sekarang... jangan terkejut dimasa datang....



DINASOUR PKR ENGGAN TERIMA HAKIKAT
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin


Selepas saranan beliau supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' mengundang kritikan sebilangan pemimpin kanan PKR, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas sikap tidak berlapang dada pemimpin pembangkang.

Dr Mohd Asri berkata kenyataan beliau Isnin lalu itu menyebabkan terdapat pemimpin PKR yang "melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan".

"Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan Pakatan Rakyat yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut nama YB DSAI (Anwar) sebagai contoh, seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan.

"Saya kata bahawa, jika tidak berlaku perubahan; momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai," katanya.

"Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauh manakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'.

"Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," tulisannya dalam blognya pagi ini.

Dr Mohd Asri turut meminta pemimpin Pakatan yang tidak bersetuju dengannya merujuk kepada sebuah analisis berita yang mendakwa gabungan PAS, DAP dan PKR mula hilang momentum selepas kekalahan di DUN Galas dan Batu Sapi kelmarin.

Tokoh agama itu mengingatkan, momentum sesebuah aliran politik tidak akan kekal selamanya kerana rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam'.

Sebaliknya, tambah Dr Asri, mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'.

"Sebab itu, jangan hairan jika 'momentum Barack Obama' boleh surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan impian rakyat seperti yang dijanjikan," katanya sambil membandingkan dengan kepimpinan presiden Amerika Syarikat itu.

Sehubungan itu, kata Dr Mohd Asri, jika perkara tersebut berterusan, Pakatan Rakyat akan hilang momentumnya disebabkan pelbagai perkara.

"Salah satunya ubat bagi saya; keperluan 'mentajdidkan' (memperbaharui) pemain utama. Jika tidak, mungkin negara kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang!" tegasnya.

"Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!".

No comments: