Monday, October 18, 2010

Wartawan Harakah Pakar Forensik!!??

Pepagi nie bila terbaca komen Dr. Novandri berkaitan penulisan seorang wartawan harakah rasa nak gelak je.. apa la dangkalnya pemikiran begitu, orang tua di kedai kopi pon boleh kasi hujah dangkal sedemikian rupa... patut la ramai orang tua yang berpaksikan PAS sentiasa memberi hujah dangkal berkaitan isu semasa... anak muda PAS pula sering tengelam punca bila disajikan dengan fakta sebenar dan relevan. Kitab rujukan mereka hanya lah HARAKAH dan dipenuhi dengan wartawan sebegini maka hasilnya penulisan2 yang hampas!!!.....

Yang penting kita tunggu penampilan Dr. Osman di makamah sebagai saksi walaupon tertunda beratus kali...!!!


...............................................................................
Oleh Dr Novandri Hasan Basri


Memang benarlah bahawa HarakahDaily adalah penyebar pemalsuan dan fitnah yang nyata. Penulis sentiasa mengikuti portal tersebut untuk mengetahui sehingga tahap manakah portal tersebut sanggup membohongi pembaca portal tersebut. Yang terbaru ialah satu artikel tentang kes liwat Anwar Ibrahim yang ternyata mengelirukan dan berbau pembohongan.


Artikel tersebut ditulis oleh Mohd Rashidi Ismail Kes sodomi II : Ada lagi mak nyah, pondan Siam hendak tampil?

Rashidi Ismail ternyata telah berbohong dan memberi input yang amat salah. Di antara pembohongan penulis HarakahDaily itu :-
Kedua, Saiful berkunjung ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Selepas doktor Pusrawi membuat pemeriksaan, beliau mendapati tiada sebarang kesan tusukan (tiada penetrasi), tiada luka dan sebagainya.

Kemudian apabila Saiful tidak berpuashati beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Jarak HKL hanya 5 minit berjalan kaki dari Pusrawi. Seberang jalan sahaja sudah sampai. Tetapi Saiful mengambil masa dua jam lebih untuk sampai.

Ok, jarak bukan persoalan. Tetapi hasil testimoni atau laporan perubatan Pusrawi, dengan jelas mencatatkan bahawa tiada sebarang tusukan atau kesan liwat berlaku di dubur Saiful, bagaimana mungkin selepas lebih dua jam, pihak doktor di HKL boleh mendapati adanya tusukan? mengapa laporan HKL bercanggah dengan Pusrawi?

Peliknya, hal-hal teknikal sebegini, apakah mungkin doktor tidak tahu membuat pemeriksaan, atau mungkin doktor dipaksa membuat laporan palsu, atau mungkin Saiful yang membuat tusukan sendiri?
Inilah masaalahnya apabila seorang penulis HarakahDaily yang tidak arif dalam perubatan cuba menunjuk pandai tetapi kenyataan beliau itu begitu cetek dan membodohkan diri beliau sendiri. Adalah amat memalukan apabila masih ada lagi orang seperti Rasidi Ismail ini yang masih berpegang kepada laporan perubatan Pusrawi yang dilakukan oleh seorang doktor biasa.

Pemeriksaan doktor di Pusrawi adalah berdasarkan penilaian mata kasar sahaja padahal perubatan forensik adalah lebih teliti dan mikro. Sebab itulah bahan kimia dan pemeriksaan makmal diperlukan dan dilakukan oleh pakar perubatan HKL.

Secara perbandingannya, doktor di Pusrawi tidak mempunyai sebarang kelayakan dan pengalaman jika dibandingkan dengan 3 pakar perubatan HKL.

Seperkara lagi, penulis hairan daripada mana penulis HarakahDaily menafsirkan bahawa Saiful Bukhari tidak puas hati lalu pergi ke HKL.

Jika kita merujuk kepada laporan Hospital Pusrawi, doktor tersebut yang menulis surat dan merujuk Saiful Bukhari ke HKL. Berkemungkinan besar doktor Pusrawi mahu Saiful Bukhari mendapatkan pemeriksaan lanjut di HKL kerana HKL mempunyai kepakaran dan lebih lengkap.

Penulis HarakahDaily juga berlagak pandai dengan menimbulkan tuduhan bahawa pakar perubatan HKL dipaksa membuat laporan palsu. Tuduhan tersebut sangat memualkan dan menyerlahkan kebangangan wartawan Harakah Daily. Sungguh menyedihkan...

Mungkin artikel penulis HarakahDaily yang seterusnya akan menulis "air mani di paksa berada di dalam Saiful Bukhari"?

So pathetic !! HarakahDaily memang pembohong dan penyebar fitnah !
..............................................

1 comment:

udanggalah said...

orang kalau tak mahu percaya macam tu lah..padahal segalanya dah begitu jelas.