Monday, October 11, 2010

Tak tumbuh, tak melata, Tak sungguh, Tak Kata!!!

Hahahaha!!.. jentik sikit je melolong KJ!1 nak kata kena kat telo dia tak la.. sebab Pemudi UMNO pon kena jentik gak...!!! Tapi itu lah hakikat.. Pemuda dan Pemudi makin lena dibuai mimpi2 indah!!... yang nampak misi ke GAZA.. misi ke rumah rakyat yg miskin dan usaha menawan pengundi atas pagar jarang sekali!!.... apabila ada isu2 besar dalam negara spt kenaikan harga air... penghinaan terhadap perlembagaan... dan lain2... 2 kumpulan muda mudi nie sekadar"dipingirian"... memalukan!

Nukilan... Pacat
...............................................................................................................

CILI KASI TARUK! PEMUDA DAN PUTERI KERJA KERAS WOOO!!!


Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sememangnya mencari jalan popular apabila membelasah Pemuda dan Puteri UMNO sebagai sayap-sayap UMNO yang malas bekerja tetapi CUKUP RAJIN mengejar jawatan di dalam parti. Tindakan dan kenyataannya itu dilihat telah menurunkan semangat Puteri UMNO dan Pemuda UMNO.


Sememangnya Tengku Adnan tidak mengkaji sehalus-halusnya kerajinan dan kekuatan kerja Puteri serta Pemuda UMNO. Kalau Tengku Adnan membuat tinjauan dan kajian, sudah tentulah dia tidak akan tergamak untuk mengeluarkan cakap-cakap macam tu.

Macam mana pula Tengku Adnan mengatakan Pemuda UMNO tidak memberikan fokus kepada menguatkan UMNO menerusi akar umbi dan generasi muda sedangkan Ketua Pemuda UMNO sudah pun menjadi liberal dan berfikiran terbuka dalam segala hal, termasuklah menyokong rasis Cina tetapi mengecam dan mengutuk mana-mana Melayu yang baru dituduh rasis.

Kegiatan Pemuda UMNO banyak digerakkan oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin. Jadi, setiap kali Khairy Jamaluddin terkeluar di media-media mahupun portal-portal berita, tu tandanya Pemuda UMNO sedang bekerja kuatlah. Kalau Khairy Jamaluddin menyokong pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Cina, tu kerja Pemuda UMNO jugalah. Perjuangan dan kerja utama Pemuda UMNO ialah membuka segala-gala yang diperuntukkan kepada Melayu untuk semua bangsa atas nama keadilan. Bagaimanapun, biasiswa dan dermasiswa daripada pertubuhan-pertubuhan Cina seperti Dong Zhong, Shuqiu dan sebagainya tidak pula diusahakan agar dibuka kepada Melayu kerana itu adalah 'HAK CINA'. seterusnya di blog House PK.
......................................................................................................................

No comments: