Friday, October 1, 2010

SUARA DARI "DALAM" KUBUR! KHALIDDDDD!!! KHALIDDDDD!


Kalau orang luar atau pihak lawan yg bercerita isu ini mungkin sekadar dipandang sepi atau teori konspirasi sahaja tetapi jika suara itu muncul dari dalam "KUBUR" PKR @ ahli PKR sendiri maka ada kebenarannya saat2 akhir riwayat khalid selaku MB akan berakhir!... Serammmm! Beb!! sik baik tak hantar "hantu" lawa bikin kacau Khalid.. mau tak boleh tidur sampai pagi!

bluurrr!!!
........................................................................................
Konspirasi singkir Khalid


AMPANG – Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong, semalam mendedahkan bukti pengakuan konspirasi politik untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim oleh Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Lum Yong berkata, rakaman telefon pengakuan itu diterimanya dalam bentuk cakera padat (CD) 10 hari lalu di peti surat rumahnya.

“Dalam perbualan itu, Ketua Reformis Malaysia, Ramlan Abu Bakar membuat pengakuan kepada seorang individu (yang tidak dapat dikenal pasti) bahawa beliau ditugaskan Azmin untuk menjatuhkan Khalid.

“Ramlan juga mengaku kepada individu itu bahawa beliau dijanjikan habuan tapak perniagaan pasar malam daripada Azmin,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Lum Yong berkata, menurut rakaman berdurasi 10 minit itu, Azmin juga menyerahkan dokumen berkaitan kes rasuah Khalid kepada Ramlan.

“Berdasarkan pengakuan di dalam CD ini, menunjukkan Azmin sudah lama merancang untuk menjatuhkan Khalid.

“Saya ingin bertanya kepada Azmin apakah niat beliau menggunakan Ramlan untuk melancarkan gerakan menjatuhkan Khalid, sedangkan Khalid adalah Menteri Besar Selangor dan ahli PKR,” katanya.

Beliau yang juga seorang pengasas PKR mendesak agar barisan kepimpinan tertinggi parti itu menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kebenaran kandungan CD berkenaan.

“Saya masih lagi ahli parti dan melakukan pendedahan ini kerana sayangkan parti, atas kerelaan sendiri dan tidak mahu perkara sebegini (konspirasi politik) wujud dalam PKR. Saya juga mahu membersihkan nama Azmin dan Khalid.

“CD ini akan dihantar kepada Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azmin dan Khalid sendiri. Saya sangat berharap satu jawatankuasa dapat ditubuhkan bagi menyiasat pengakuan itu sebelum ia tersebar luas dan memberi kesan buruk kepada parti,” katanya.

Di SHAH ALAM, Azmin ketika dihubungi menyifatkan tindakan Lum Yong sebagai tidak berasas dan taktik menjijikkan.

“Dia (Lum Yong) sendiri dalam kenyataannya berkata, pengakuan itu dibuat kepada individu yang tidak dapat dikenal pasti identitinya. Jika masih tidak dikenal pasti mengapa tuduhan itu dilemparkan kepada saya,” katanya.

Azmin berkata, apa yang dilihat kini ialah usaha pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan beliau dengan Abdul Khalid.

“Fokus saya kini adalah untuk membawa visi bersama anggota parti dalam usaha mengilap idealisme parti. Saya tidak layan usaha seperti ini yang memang akan terus dilakukan oleh serpihan PKR,” katanya.

No comments: