Monday, October 11, 2010

Projek Mee Segera Di GALAS!!!

Aku tertarik satu komen di dalam akhbar Utusan berkaitan pembangunan segera yang pasti berlaku apabila adanya PRK dimana juga. Seperti biasa la, ketika ini sebut apa saja akan siap dengan segera, rumah.. jambatan... benteng.. jalan raya.. malah jamban pon boleh diusahakan sekelip mata!... itu hakikat yang berlaku baik dipihak pembangkang mahu pon kerajaan. acara majlis usah cakap la.. serah geran la.. sumbangan la... macam2 la..... nak muntah pon ada.. tapi ketika tiada PRK tak ada lak majlis dan gerak gempur PROJEK MEE SEGERA melanda....


Dato Sri Mustapa Mohamed melawat tapak projek baru-baru ini.JPG
gambar hiasan


HENTIKAN MODAL PEMBANGUNAN

AKHIR-AKHIR ini Kelantan menjadi tumpuan lagi. Semuanya gara-gara kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Bagaikan sudah kebiasaan, Pas dengan kempen berunsurkan ‘Islamnya’ manakala UMNO pula tetap isu pembangunannya. Sebagai anak jati Kelantan, saya mencadangkan agar UMNO tidak lagi menggunakan modal pembangunannya.

Sebab jika kita menilai maksud pembangunan yang menjadi modal setia UMNO dan Barisan Nasional (BN), ia agak kompleks. Maksudnya sebarang pembangunan yang dijanjikan atau yang telah dikotakan di sesuatu tempat bukanlah dapat dikecapi oleh semua individu yang tinggal di kawasan itu.

Sebagai contoh, jika BN membina jambatan, hanya mereka yang sering melalui dan tinggal di kawasan itu sahaja yang merasai manfaat daripada pembinaan tersebut. Mereka yang lain seolah-olah tiada apa-apa. Jika dibina sekolah pula, mereka yang ada anak-anak sahaja yang akan berterima kasih.

Tidak kepada yang tiada anak. Jika dibinakan pula pelbagai kawasan perumahan dan kedai-kedai, hanya mereka yang berduit sahaja yang merasai kemudahan ini. Bagaimana pula mereka yang tidak berduit? Maka tiada apa-apa perubahan untuk mereka.

WARGA KELANTAN

Bang


sumber : Utusan Malaysia

No comments: