Tuesday, October 5, 2010

Pedas : Kenapa perlu SERAH kepada "BUKAN MELAYU"????

Serah Galas pada Pas

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) disaran berkompromi dengan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kepada parti Pas pada Pilihan Raya Kecil DUN itu demi ukhuwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, UMNO seeloknya memberi laluan kepada Pas di Galas walaupun parti itu berkemungkinan mampu merampas kembali Galas.

“Kita kena berpandangan jauh dan bukan berfikir dalam konteks politik semata-mata. Dalam keadaan umat Islam kini yang semakin lemah, pertandingan di Galas akan menjadi medan Melayu lawan Melayu, atau Muslim lawan Muslim,” katanya.

Ahli Parlimen Bebas itu berkata, pertandingan se-git antara dua parti Melayu terbesar itu hanya akan merugikan umat Islam selain menjadi bahan ejekan parti lain yang seronok melihat perbalahan antara Pas-UMNO semakin besar jurangnya.

“Kita tak mahu kelak situasi bagaikan menang jadi abu, kalah jadi arang! Sekiranya Pas kalah pada pilihan raya itu, parti itu tetap menjadi kerajaan, manakala UMNO jika menang pun tetap jadi pembangkang di sana,” katanya.

Zulkifli berkata, janganlah kerana mengejar satu kerusi, akhirnya menang sorak kampung tergadai. Kelak parti bukan Islam ‘tergelak besar’ melihat sandiwara umat Islam yang berebut kerusi politik.

Sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan turut menyarankan supaya BN tidak bertanding dan menyerahkan kerusi DUN Galas kepada Pas pada pilihan raya kecil DUN itu.

Takiyuddin dipetik berkata, langkah itu perlu demi perpaduan Melayu selain mengelak pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Zulkifli berkata, adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu sekiranya perpaduan orang Melayu menjadi agenda utama negara.

Kerusi DUN Galas diisytiharkan kosong apabila penyandangnya, Che Hashim Sulaima, 46, daripada Pas, meninggal dunia akibat barah usus 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN, Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

sumber : sinar harian..
.......................................................................................................................

Sesiapa pon berhak memberi pandangan masing2.
Pandangan aku bab GALAS nie, BN kena tunjuk sifat kejantanan biarpon melayu lawan melayu. Jangan sesekali termakan hasutan untuk melihat kerjasama melayu dalam isu GALAS ini kerana ada pihak dalam PAS yg malu untuk mengaku dirinya Melayu!!...

Tiada istilah yg kalah jadi abu, yg menang jadi arang kerana kali ini kita dapat menilai sejauh mana ayam jaguhan masing2 mampu mempengaruhi keputusan rakyat galas serta faktor isu semasa yg dimainkan kedua2 pihak.




No comments: