Friday, October 15, 2010

PANAS : Mana Demo untuk 7 tahanan ISA nie?



Tujuh staf Imigresen ditahan ISA

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Polis menahan sembilan individu termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan warga asing yang pihak berkuasa percaya mampu menggugat keselamatan negara.

Penahanan kesemua suspek yang dilakukan dalam operasi besar-besaran selama tiga hari bermula Ahad lalu itu turut melibatkan dua warga asing yang bagaimanapun tidak didedahkan identiti negaranya.

.............................................................................................................................

Tak nak berdemo ke wahai pembela2 rakyat? kenapa ada pilih bulu lak? Selalu korang yg menjerik pekik apabila ada kes yang melibatkan ISA. Takkan senyap membisu je.. atau tak ada telur?

.....................................................


BEBASKAN RAJA PETRA DAN TAHANAN ISA LAIN!

Wanita Parti Keadilan Rakyat membantah dengan sekeras-kerasnya akta zalim ISA telah digunakan sekali lagi hari ini.

Kami merakamkan rasa kesal atas penangkapan Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA sebentar tadi. Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini sekali lagi membelakangkan lunas-lunas undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Sikap kerajaan yang terburu-buru seolah-olah menunujukkan ketidakmatangan dalam memperjelaskan isu penangkapannya kepada masyarakat memandangkan ini adalah tangkapan yang berulangkali ke atas Raja Petra.

Pada masa yang sama kita juga mempersoalkan kenyataan daripada Ahmad ismail yang jelas berbau perkauman yang tidak diambil sebarang tindakan tegas oleh kerajaan, terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri.

Oleh itu, kami mengecam kewujudan “double-standard” dalam tangkapan terhadap Raja Petra Kamaruddin.

Kami menuntut beliau dan semua tahanan ISA yang lain dibebaskan dengan serta-merta.

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KeADILan Pusat

No comments: