Monday, October 18, 2010

Kuota Melayu 70% : Azizan buka pencak taichi!!

Isu kuota: Ketua Pemuda Gerakan kemuka bukti

18/10/2010 2:39pm

ALOR SETAR 18 Okt. - Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang hari ini menunjukkan surat daripada Pejabat Tanah dan Galian Kedah untuk membuktikan dakwaannya bahawa kerajaan Kedah telah menaikkan kuota perumahan kepada 70 peratus untuk bumiputera di negeri itu.

"Semalam Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta menunjukkan bukti, jadi hari ini saya tunjukkan bukti itu," katanya kepada pemberita di pejabat Gerakan di sini hari ini.

Katanya, beliau bukan hendak mencabar Azizan tetapi beliau mahu Menteri Besar menyelesaikan masalah itu dengan segera.

"Pada Disember 2009, mereka (kerajaan negeri) mengatakan isu itu telah selesai tetapi apabila terdapat pemaju menerima surat daripada PTG berkaitan dengan kenaikan kuota sehingga 70 peratus, saya rasa tertipu dengan janji-janji kerajaan negeri," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, dakwaan yang dibuat oleh pemimpin MCA dan Gerakan tentang syarat pemilikan untuk bumiputera dinaikkan sehingga 70 peratus adalah tidak benar. - Bernama

.................................................................................

Tak tumbuh tak melata.. tak sungguh tak kata... tapi kalau asyik TAK TAU.. macam mana nak berkata2!!!....

Lantak hangpa laaa!!!

No comments: