Wednesday, October 6, 2010

Info : Najib laungkan Islam Bukan Ancaman! Anwar Laungkan Apa Pula??

Dari artikel dibawah jelas kita lihat usaha pemimpin sejati dari Malaysia berusaha membawa keamanan dan persepsi yg lebih baik kepada islam. Tetapi sebaliknya dilakukan oleh Anwar apabila berada di luar negara. Selain memperlekehkan Islam dengan terang terangan menyokong Yahudi, jiga bertindak memburuk2kan Malaysia dimata dunia.


Fikir2 lah .............

....................................................................

Islam bukan ancaman

BRUSSELS 5 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman seperti yang sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.

Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di sini, Najib berkata, konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama.

"Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama," katanya.

Islam merupakan antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini Selasa.

Najib berkata, adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis, Najib berkata, usaha bagi menyelesaikan Islamophobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin.

Katanya, nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, "menyentuh perasaan di kalangan dunia Islam."

"Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup," katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda. - BERNAMA


........................................................

No comments: