Monday, October 18, 2010

Dulu Hudud! Sekarang Roh Agama pula!!!??


PAS yang makin galak berkempen seluruh Malaysia mengetengahkan idea baru dalam mengajak rakyat menolak kepimpinan Umno. Jika dahulu PAS mendabik dada dengan isu HUDUD dan menegakkan kerajaan Islam tetapi selepas Pakatan Rakyat sebulat suara tidak dapat menerima pakai idea HUDUD atas kehendak PKR dan DAP, maka PAS menggunakan isu terbaru dan terkini dalam memastikan rakyat terus menyokong mereka.

ROH AGAMA!! itulah modal terbaru PAS. Nik Aziz dalam ceramahnya di Taman Universiti JB, menegaskan kerajaan melalui BN dan UMNO menidakkan ROH agama dalam pentadbiran hingga meminggirkan keadilan, kesamarataan dan lain lain.


Selaku Pembangkang, mereka tetap memainkan peranan dalam meperlihatkan keburukan kerajaan dan mengambarkan Pembangkang @ Pakatan Rakyat adalah yang terbaik. PAS bertidak mempertingkatkan ILMU mereka dalam menghadapi UMNO dan BN kerana selama ini PAS dilihat tidak ada sebarang ILMU dan hanya mereka yang dangkal fikiran dan lemah otak menerima pakai apa yang PAS muntahkan.

PAS juga terpaksa bekerjasama dengan DAP dan PKR nbiarpon terpaksa mengadai seberapa banyak ROH agama yg mereka warwarkan untuk memastikan kelangsungan PAS dalam politik Malaysia.

Roh-roh agama yang didabik dada oleh PAS sekadar dipinggiran, hanya menjadi bahan dalam mengejar cita2 politik tertentu seperti dalam menyokong anwar Ibrahim, Kebenaran penggunaan perkataan Allah, dan lain-lain.


...............................................

UMNO didakwa pinggir roh agama dalam pemerintahan

SKUDAI – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa pemerintahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu sekular dan berorientasikan semangat perkauman yang sempit.

Nik Abdul Aziz mendakwa, akibat meminggirkan roh agama dalam pentadbiran menyebabkan berlakunya penindasan, rampasan hak dan ketidakadilan kepada rakyat.

“Pemimpin BN tidak nampak asas dosa dan pahala mengikut acuan Islam. Oleh kerana itu mereka menggunakan undang-undang tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyekat kebebasan bersuara kepada pembangkang dengan tidak memberikan permit (berceramah),” katanya pada forum anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang diadakan di Taman Universiti, di sini, semalam.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, bersandarkan faktor tersebut, Pas mengambil keputusan menjadikan strategi menggunakan ilmu ketika berhadapan dengan UMNO dan BN.

“Pas akan tetap lawan UMNO tetapi dengan ilmu. Sebab itu saya suka dan setuju jika dijemput untuk memberikan ceramah dan forum seperti ini.

“Sebagai contoh setiap hari Jumaat, umat Islam semua akan ke masjid untuk mendengar ceramah, ertinya Islam mementingkan ilmu,” katanya.

Nik Abdul Aziz turut menyelar penularan aktiviti rasuah politik sebelum dan menjelang musim pilihan raya yang dianggap sebagai cara terkutuk memenangi hati rakyat.

Menjawab soalan adakah Pas bersedia berkongsi pemerintahan negara dengan kaum lain khususnya Cina sekiranya diberi mandat oleh rakyat, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa bersikap terbuka dalam pemerintahannya terutama sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan.

“Berapa ramai rakyat Cina di Kelantan yang memeluk Islam, sila ke Kelantan dan tanyalah mereka,” katanya.
Sinar Harian

No comments: