Tuesday, October 12, 2010

Din Puduraya : Suka Jaga Tepi Kain Batik Orang!!

Edisi Gelak : Salahudin Ayub PAS Nak Jadi Hero Kampung Warisan ?


Artikel sebelum ini MIM telah menerangkan tindakan ahli-ahli PAS Kedah yang berdemonstrasi menyatakan kekecewaan mereka terhadap Azizan Bakar, Menteri Besar Kedah kerana menaikkan tarif air.

Tetapi tindakan ahli-ahli PAS Kedah itu tidak pula diikuti oleh ahli-ahli dan kepimpinan PAS Pulau Pinang apabila Lim Guan Eng Pembohong dengan zalimnya menaikkan tarif air di Pulau
Pinang.

Tetapi ada satu lagi situasi yang dicipta oleh PAS sendiri yang memakan diri kepimpinan PAS Pulau Pinang hingga jelas menunjukkan PAS Pulau Pinang sebenarnya tiada fungsi di negeri tersebut. 'Tahniah" kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS kerana mencipta situasi itu!

Sila rujuk berita di bawah :-
KUALA LUMPUR, 11 Okt: PAS mahu satu akta khusus mengenai kampung tradisi khususnya di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar besar lain diwujudkan bagi mengelakkan kampung-kampung ini hilang ditelan pembangunan dan pemodenan.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, ahli Parlimen PAS akan membawa isu itu untuk dibahaskan di persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula hari ini.

"Sudah sampai masanya ada satu akta khusus untuk kampung warisan yang kita boleh kenali sebagai akta kampung warisan atau kampung tradisi dan perlu kepada suatu jaminan kewujudan mereka supaya tidak tertinggal atau hapus oleh cabaran zaman," kata beliau yang ditemui di majlis pengisytiharan kampung-kampung tradisi Melayu sebagai Kampung Warisan, dekat sini, semalam.
MIM tergelak dengan lalakan Salahudin Ayub seperti di atas kerana dimanakah beliau selama ini? Apakah beliau peduli tentang nasib kampung warisan sebelum ini dan tanpa malunya berlagak hero yang kononnya prihatin kepada isu ini?

Jika kita perhatikan, lalakan Salahudin Ayub itu sebenarnya telah menempelak kepimpinan PAS Pulau Pinang. Mereka sekali lagi telah dimalukan oleh Salahudin dan parti PAS setelah dimalukan ahli-ahli PAS Kedah.

Dimanakah pemimpin-pemimpin PAS Pulau Pinang apabila isu seperti Kampung Pala atau pun Kampung Tanjung Tokong timbul? Kenapakah mereka berdiam diri dan tidak dapat berbuat sesuatu?


Parti PAS nak perjuangkan kampung warisan konon ! Mual tekak ni rasanya!

Tapi jika nak diharapkan pemimpin-pemimpin PAS Pulau Pinang, sampai bila-bila pun tidak akan ada penyelesaiannya. Mereka itu 'as good as dead' dan hanya membazirkan wang rakyat yang membayar elaun mereka sebagai ADUN dan jawatan tinggi di dalam kerajaan sifu mereka, Lim Guan Eng.

MIM sarankan kepada sesiapa PAS yang masih berani di Pulau Pinang supaya bangkit dan pertikaikan kezaliman Lim Guan Eng.

Mana beliau peduli apa yang nak jadi dengan masa depan negeri Pulau Pinang. Beliau boleh balik Melaka atau berhijrah ke Singapura jika negeri ini lingkup dan rosak!


Tapi tolak kepimpinan PAS Pulau Pinang dulu. Mereka itu useless.

sumber : Blog MIM!

2 comments:

udanggalah said...

Dia cakap je..Dia pun tak memahami erti sebenar Kampung Warisan.

pacat said...

dia hanya faham "WARISAN" dalam buku sejarah je kot!