Monday, September 6, 2010

Zaid seperti melukut ditepi gantang!!

PETALING JAYA, 6 Sept: Dua Puluh Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sebagai timbalan presiden parti.

Sokongan itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Turut menyatakan sokongan sama, beberapa senator PKR yang juga disenaraikan dalam kenyataan itu.

Mereka mendakwa sokongan kepada Azmin yang juga Naib Presiden PKR sekarang ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengorbanan yang dilakukannya sepanjang berada dalam parti.

Sehubungan itu, Azmin diyakini mampu bergandingan dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan berjaya memperkemas dan memperteguh parti menuju ke mercu kecemerlangan.

YB Azmin Ali merupakan tokoh kanan yang telah melalui pelbagai cabaran getir, termasuk diaibkan ahli keluarganya, dalam mengharungi gerakan massa reformasi rakyat.

"Dalam keghairahan pemimpin seangkatan meninggalkan perjuangan mengejar kebendaan dan jawatan, beliau tetap istiqamah, tabah dan pasrah meneruskan agenda membela rakyat," kata Kamarul ketika membacakan kenyataan itu.

Azmin bagaimanapun belum menyatakan secara rasmi bahawa beliau mahu bertanding untuk jawatan tersebut memandangkan panyandang kini, Senator Syed Hussein Ali belum menyatakan untuk melepaskan jawatan tersebut.




Mereka turut menyokong calon jawatan naib presiden di kalangan ahli parlimen yang berhasrat untuk mendapatkan jawatan tersebut pada pemilihan parti 2010 ini.

"Kami juga ingin memberi sokongan kepada tokoh lain yang telah membuktikan komitmen dan kemampuan mereka memikul tanggungjawab yang juga telah meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan tersebut," katanya.

Justeru, akar umbi parti diseru untuk emmebri sokongan kepada semua ahli Parlimen yang bertanding dalam apa-apa jawatan di semua peringkat.

Turut hadir dalam sidang media itu, Zuraida Kamaruddin (Ampang), S Manikavasagam (Kapar) and Low Goh Burne (Kelana Jaya).

Kamarul turut berkata, pengumuman sokongan terhadap Azmin itu tidak bermaksud mereka menghalang individu lain yang berhasrat untuk bertanding jawatan sama.

"Kita tidak menghalang hak sesiapa untuk bertanding. Cuma kita menyarankan suara daripada ahli Parimen bahawa kita bersetuju beliau (Azmin) bertanding," kata beliau.

Pemilihan PKR akan berlangsung di antara 17 September hingga 21 November ini yang melibatkan 218 cabang dan lebih 400 ribu anggota parti.
..........................................................................

Dah la disepak dari Umno, kini terang2 tak dipedulikan oleh PKR!!.. so mana arah tuju perjuangan Zaid selepas ini? tak pe.. Zaid dah bertaubat.
Nasib zaid tidak seperti ahli2 baru yg lain. Zaid perlu menapak dari bawah untuk mencapai kejayaan dalam politik PKR.. tak pe.. zaid dah bertaubat!!
Zaid semakin resah bila terasa dirinya akan senasib dengan Tun Gafar Baba akibat tindakan Anwar. Nak dapatkan simpati dari Parti keluarga Anwar yg "membunuh" kerjaya Tun Gafar Baba pulak tu!!!... tak pe... Zaid dah bertaubat!!...
ini lah liku2 perjuangan dalam politik, tidak semestinya akan sentiasa disukai biarpon dah bertaubat!!!... tak pe zaid dah bertaubat!!

akhirnya zaid akan dapat merasai bahang sebenar aura Azmin yg mampu menguasai Anwar dan Azizah!!... Zaid dah bertaubat dan pasti tidak akan menjadi Gunting Dalam Lipatan PKR!!!..

Akhirnya Zaid pastinya telah Tau Buat apa yg sepatutnya dia Buat!!!

No comments: