Sunday, September 5, 2010

Spesis Dinosaur ditemui!!

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/wp-content/uploads/2010/06/Samsul1.jpg
sekadar gambar hiasan dan tiada kena mengena dengan yg dah mati mahupon hidup lagi!!


WASHINGTON - Satu fosil dinosaur spesis baru yang bertubuh gemuk dan pendek serta mempunyai dua pasang kuku pada kakinya ditemui di Romania.

Penemuan itu dilihat dapat membantu penyelidik mengkaji jenis dinosaur pemangsa yang terdapat di Eropah semasa tahun-tahun akhir Era Dinosaur.

Penyelidik, Mark Norell berkata, penemuan seperti itu ditunggu-tunggu bagi membolehkan saintis menjalankan kajian lanjut mengenai haiwan purba itu.

"Haiwan yang ditemui ini adalah berat, dan mempunyai kaki serta tangan yang pendek dan gemuk, menggambarkan betapa peliknya jenis fauna yang terdapat di kawasan itu semasa akhir era dinosaur," katanya.

Fosil yang ditemui menggambarkan dinosaur itu adalah haiwan yang kecil, dengan panjang 1.8 meter hingga 2.1 meter termasuk ekor, dan badan menyerupai ayam Belanda yang bersaiz besar.

Haiwan itu dikatakan hidup sekitar 90 hingga 65 juta tahun lalu, semasa suhu panas dan paras air laut yang tinggi memecahkan Eropah kepada beberapa pulau kecil.

...................................................

oooo.. menarik nie!!!

2 comments:

udanggalah said...

Salam..tak lama lagi mungkin ditemui di Malaysia pula...tanda-tandanya ramai yang berperangai seperti dinasour..

alehkayong said...

Salam ziarah, jadi jurastik park lah kita..
blog tuan telah saya link.