Monday, September 6, 2010

Rasulullah S.A.W. dan LGE..!! Mat Sabu merapu lagi!!!

Malaysia perlukan pemerintah lebih adil - Mohamad Sabu


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Malaysia memerlukan pemerintah lebih adil berbanding pemerintahan Umno yang ada pada hari ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Berucap pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi beliau berkata, negara ini sudah rosak akibat amalan rasuah, kronisme dan pembaziran yang dilakukan pemerintah.

Lebih teruk katanya apabila isu perkauman cuba dihangatkan dalam usaha meraih sokongan politik.

Zaman Rasulullah dahulu katanya, keadilan menjadi teras kepada memilih pemimpin tanpa mengira faktor bangsa dan agama.

"Tak kira anak tempatan atau bukan anak tempatan kerana Rasulullah SAW sendiri bukan anak jati Madinah.

"Rasulullah s.a.w diberi mandat sebab rakyat yakin baginda boleh laksana keadilan untuk semua," ujarnya.

Isu perkauman dibangkitkan Umno katanya menunjukkan parti itu berada dalam keadaan terdesak selepas mereka ditolak oleh rakyat.

Beberapa amalan Umno itu menurut beliau, tidak ubah seperti amalan para pemimpin jahiliah Arab yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah.

"Seperti Arab Jahilah yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah (pembukaan kota Makkah), Umno pun sanggup buat apa saja asalkan pemikiran rakyat dan kerajaan pusat boleh terus dijajah," ujarnya.

Tambahnya, Umno lebih bimbang apabila orang bukan Melayu seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilihat lebih gigih memelihara kepentingan Melayu dan Islam di negeri Pakatan Rakyat itu berbanding zaman Umno.

"Kita di Malaysia pun perlu kepimpinan yang jauh lebih adil, kita perlu futuwwah (pembukaan) semacam yang Rasulullah buat (iaitu) ubah rakyat dari perhambaan sesama manusia pada perhambaan hanya kepada Allah," beliau menambah.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat agar tidak takut dengan propaganda media pro Umno, kononnya kepentingan Melayu akan terjejas sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan kelak.

Sumber : Harakah

........................................................................................................................

Kata aku la... aku yg kata.... bukan orang lain!!..... Jika Rasulullah s.a.w. masih hidup dan datang ke Malaysia sesungguhnya seluruh rakyat akan mengangkatnya menjadi pemimpin kerana Rasulullah adalah Nabi kepada sekalian Umat. Nabi junjungan Mulia. Dan itulah kedudukan sebenar Rasulullah s.a.w. Tiada timbul isu orang luar atau tempatan. kenapa perlu membandingkan kedudukan Rasulullah dengan suasana politik Malaysia. Adakah layak LGE dan pemimpin kafir lain disamakan seperti situasi Rasulullah. Jangan terlalu mengagungkan mereka ini kerana mereka tetap kafir!!! tetap pemimpin yg jelas menentang ISLAM.

Jangan kerana politik segala salasilah Nabi dihubungkaitkan dengan nafsu untuk memerintah dan kuasa duniawi!!

Keadilan yg dilaungkan PR belum lagi dibuktikan sepenuhnya kerana segala yg dilakukan lebih menjurus kepada memancing undi semata2!! Keterbukaan kepada pimpinan kafir lebih menjurus kearah kerosakan nyata seperti pembukaan rumah urut, Kandang Babi Mega, penerokaan haram, pencerobohan tanah dan sebagainya dan tidak sesekali sama seperti apa yang Rasulullah lakukan untuk penduduk Madinah dan Mekah!!!



No comments: