Tuesday, September 28, 2010

PUBLISITI MURAHAN BUAT PEMILIHAN PKR AKAN BERAKHIR!!!

Bertuah sungguh PKR!! semua blog fokus dalam memberi huraian apa yang berlaku dalam PKR!! Bertuahnye!!!...

Biarpon kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti itu tetapi dengan sedikit pertelingkahan perbagai senopsis dan cerita dipaparkan!!!.... bertuah PKR....

Apapon selepas ini tumpuan akan beralih arah ke PRK di Kelantan @ galas tu!!! so sama2 kita persiapkan barisan mengempur rakyat kelantan disana dalam menyalurkan infomasi dan maklumat ke pengundi di GALAS!!!...

selamat berkempen!!!

...............................................................................................

Pilihan Raya Kecil Galas: UMNO Kelantan tunggu arahan

28/09/2010 11:56am

KOTA BHARU 28 Sept. - UMNO Kelantan menunggu arahan daripada ibu pejabat parti untuk menggerakkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas penyandangnya, Che Hashim Sulaima meninggal dunia semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, jentera parti sentiasa bersedia dan hanya menunggu 'lampu hijau'.

"Setakat ini kita tidak membuat perbincangan apa-apa pun dan kita tunggu arahan ibu pejabat yang akan bermesyuarat ke arah persiapan (pilihan raya) itu," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Che Hashim, 46, yang disahkan menghidap barah usus pada Mei tahun lepas, dimasukkan ke Hospital Palar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim yang mewakili Pas berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Allahyarham mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi. - Bernama

No comments: