Wednesday, September 15, 2010

Perjuangan Pluralisme & IFC Oleh Ambiga Berjaya Di Sekat di PBB

sumber : pisau.net
appeal by irene fernandez 241108 s ambiga and wan azizah 01

Pluralisme yang menuntut kesamarataan beragama dinegara ini dipelopori oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan rakyat melalui IFC(Inter Faith Council) ,IFC ini juga menjadi intipati perjuangan oleh Ambiga Sreenevasan bekas presiden Bar Council.

Perjuangan mereka menuntut kesamarataan beragama,dalam masa yang sama menggugat Islam agama rasmi negara .
appeal by irene fernandez 241108 01 anwar ibrahim
Dengan harapan untuk membawa perjuangan IFC ini ke peringkat antarabangsa,Ambiga Sreenevasan melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme.

Pakatan rakyat dan kesemua pemimpin mereka sama sama memperjuangkan IFC, Pisau siarkan kembali apakah intipati perjuangan IFC untuk rujukan pembaca .

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.


IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara. Matlamat Penubuhan IFC


IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.


Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1.

Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.(kes siti hasnah vanggarama klik sini )


2.


Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.


3.

Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.


4.

Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam


5.



Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.


6.

Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.


7.


Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..


8.


Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
(
Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)selanjutnya sini


9.

Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10.

Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


11.

Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.


12.


Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.


13.


Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.


14.

Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5.IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.


Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.


IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Malah mendapat endorsement Anwar Ibrahim,Nik Aziz,Khalid Samad,Malik Imtiaz,golongan erdorgan PAS dan termasuklah penyokong melayu Islam PAS dan PKR.


PAS juga turut terpalit apabila menyokong penubuhan IFC ini ,buktinya semasa konvensyen PR ,PAS menerima intipati perjuangan Pakatan Rakyat agar mengadakan perbincangan antara agama selaras dengan kehendak IFC yang di dokong oleh DAP dan PKR.


PAS kononnya mahu dilihat lebih terbuka .Jika anda perhatikan tindak tanduk PAS kebelakangan ini,jelas mencerminkan mereka begitu lebih liberal malah langsung tidak membantah pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune.

Kita harus berterima kasih kepada perwakilan Malaysia di Geneva yang tidak menyokong pencalonan peguam Ambiga Sreenevasan sebagai pelapor khas (rapporteur) ke PBB.

Jika tidak dihalang,sudah pasti Ambiga yang kita semua kenal begitu anti kepada Islam akan membuat laporan berunsur fitnah dan berniat jahat bagi memburukkan imej negara di PBB Dalam masa yang sama anggota OIC turut sama menolak pencalonan Ambiga,kerana dilihat mengancam imej Islam dinegara Malaysia dan dirantau ini.


Matlamat untuk menghalalkan IFC sudah banyak kali ditimbulkan oleh pihak pakatan,dengan beberapa insiden seperti pengunaan nama Allah,isu murtad,pembakaran gereja,tuntutan kematian mualaf,mempertikaikan hak makhamah syariah dan paling teruk cubaan untuk menyusup masuk sebagai peguam bukan muslim kedalam sistem makhamah syariah negara.

Petikan dari malaysian2day,yang menyiarkan kenyataan melayu liberal yang menyokong IFC.
The recent spate of unprecedented church attacks has prompted Pakatan Rakyat ideologue Datuk Zaid Ibrahim to push for a state inter-faith advisory council, to discuss touchy religious issues without resorting to the courts or the government’s executive powers for solutions.:m2day


Alasan sebegini yang selalu dimainkan oleh pihak pakatan rakyat,Pisau amat yakin para penyokong PAS sudah pasti tidak nampak apa yang sedang diperjuangkan didalam pakatan rakyat.Mereka menuntut rakyat menjadi lebih liberal dalam masa yang sama menolak keistimewaan agama Islam sebagai agama nombor satu dinegara ini.

Artikel Pisau sebelum ini turut mendedahkan bagaimana Anwar Ibrahim mencorakkan grand design yang menjerumus rakyat negara ini ke kancah politik perkauman dan terperangkap dalam bertoleransi beragama :klik sini


Pisau turut mendedahkan bagaimana PKR memperjuangkan agar seorang muslim terus kekal mendapatkan hak menjadi murtad.Perjuangan untuk murtad dibela oleh seorang peguam dari PKR Gooi Hsiao Leung :klik sini
....................................................................................................................................................

No comments: