Saturday, September 18, 2010

PAS dan dongeng Wak Londehnya!!!

Dipetik dari blog Azli Shukri

Mengapa Ketua Dewan Ulama PAS
Sanggup Buat Begini?



1. Sehingga hari ini, saya masih tidak faham mengapa mesti ada lagi anasir-anasir berbohong dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kenyataan terbaru Harun Taib di bawah seolah-olah masih mahu menutup pekung di dada, sesungguhnya perjuangan PAS untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam telah ditolak mentah-mentah oleh DAP dan PKR. Mengapa Harun Taib masih mahu berbohong dan menipu rakyat kononnya perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS semakin hari, semakin diterima oleh orang bukan Islam, khususnya DAP. Mana buktinya orang bukan Islam telah menerima perjuangan Islam ala-PAS? Cuba buktikan.

2. Kita bimbang ciri-ciri munafik semakin terselah dalam parti tersebut. Apabila berkempen para pemimpin PAS bercakap lain, manakala sewaktu berhadapan dengan DAP dan PKR pula mereka cakap lain. Contoh paling tepat adalah sewaktu majlis perjanjian kerjasama antara PAS, DAP dan PKR pada tahun lepas, yang mana ketiga-tiga presiden parti tersebut (termasuk PAS) telah bersetuju untuk mengekalkan perlembagaan Malaysia yang sedia ada.

3. Pelik, bagaimana presiden PAS yang dahulunya merupakan orang nombor wahid dalam menentang perlembagaan Malaysia, secara tiba-tiba boleh menerima perlembagaan itu semula? Masih lupakah kita berkenaan kata-kata Hadi Awang yang menyatakan, "Kita menentang UMNO bukan namanya UMNO, tetapi kita menentang UMNO kerana mereka mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.. (baca di sini).Bukankah ini perjuangan PAS yang sebenar sejak dari penubuhannya dahulu? Jadi, mengapa sekarang PAS boleh pula menerima perlembagaan Malaysia yang bersifat kafir lagi jahiliah itu?

4. Jelaslah yang berlaku sekarang sudah terbalik sifatnya - kerana kuasa semua perkara dihalalkan oleh PAS. Sekarang PAS sudah tidak berani lagi membicakan isu negara Islam dan hukum Hudud, mengapa? Kerana bimbang disergah oleh Karpal Singh, maknanya PAS lebih takutkan Karpal Singh daripada Allah. Malangnya, orang kampung tidak tahu hal yang sebenar, mereka mudah ditipu oleh golongan agama seperti Harun Taib ini. Wallahualam. Baca Laporan harakahdaily di bawah :
.................................................................................................................


KEMAMAN, 17 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib melahirkan rasa gembira kerana perjuangan parti itu mula diterima oleh semua pihak termasuk di kalangan bukan Islam.Ini kerana, katanya PAS berjaya membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa keadilan Islam untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.“Sekarang ini, PAS telah mula melangkah selangkah ke depan. Di mana perjuangannya (Islam) diterima bukan sahaja kepada orang-orang Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam.“Islam memberi keadilan kepada semua, tidak kira bangsa Melayu, India, Cina dan sebagainya. Sama ada seseorang itu Islam atau tidak yang pasti Islam tetap akan memberi keadilan,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai di perkarangan Pejabat PAS Dun berkenaan, Jalan Air Putih, di sini hari ini.

Justeru itu, beliau mahukan agar semua rakyat di negara ini bersama-sama dengan PAS serta menyokong perjuangan yang dibawanya.Katanya, keadilan Islam yang dibawa oleh PAS tidak memihak hanya kepada satu bangsa sahaja tetapi untuk semua kaum di Malaysia.Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menambah, parti itu membuka ruang bercakap, berbincang serta berunding dengan sesiapa sahaja tanpa menggadai dasar dan prinsip perjuangan Islamnya.

Sempena majlis tersebut, beliau merasmikan pejabat baru Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai serta Pusat Khidmat Masyarakat di Tingkat 1, Taman Mohd Noor, Batu 1, Jalan Air Putih.Hadir sama ialah Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat, Naib Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Muslimat dan Pemuda PAS kawasan, Rohasni Husin dan Megat Suhaimi Megat Idrus.Hampir 5,000 masyarakat setempat termasuk kaum Tionghua hadir ke majlis rumah terbuka itu yang bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang


-------------------------------------------------------------------------------------

Apa lagi yg nak dikokokkan oleh juak2 nie... itu je modal yg basi yg diorang ada... nak bicara pasal ekonomi... sejauh mana kemampuan PAS menjana ekonomi kelantan.. anak kelantan sendiri cabut lari ke bumi lain... bab kebajikan... sendiri cermin la... isu air dan bantuan 600 juta kerajaan pesekutuan tah mana lesapnya... so.. itu je yg mampu dikokokkan PAS!!... Tu pon mungkin disuruh oleh pemimpin2 PAS takut hilang sokongan setelah apa yang didedahkan sebelum ini. Kalau yg buta huruf dan infomasi boleh la klentong.. tapi makin ramai yg sedar perjuangan PAS sekadar tuntutan duniawi dan tunggangan DAP PKR je...

No comments: