Friday, September 17, 2010

Pembunuhan Kejam : SMS Terbang!!! Murugiah lah ter panas buntut!!!

Murugiah buat laporan polis dikaitkan dengan suspek utama kes Sosilawati




KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh, berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah.

"SMS tersebut merupakan fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak benar sama sekali," katanya.

Beliau berkata, antara kandungan SMS itu berbunyi :"peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang merupakan kawan baik beliau. Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri tersebut dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu".

Murugiah berkata, suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai Timbalan Menteri.

..........................................................................................

Dah report polis so tunggu la siasatan dan siapa yg buat kerja menyebarkan sms "cinta" tu... mgkinkah musuh dalam selimut??!!!

No comments: