Wednesday, September 15, 2010

Pembunuhan Kejam :Nak tak nak sudut politik akan "disentuh" jua!!





Jangan Politikkan Pembunuhan Sosilawati.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Arwah Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim, Noorhisham Mohammad dan Kamarudin Shamsudin. Alfatihah dan semoga roh saudara sekelian ditempatkan Allah bersama orang-orang yang mulia.

Saya kesal kerana kes pembunuhan ini telah dipolitikkan. PAS dan PKR telah mengaitkan kerajaan BN dan Antatulya. Mahfuz Omar dan Nizar Jamaludin telah mengeluarkan kenyataan yang tidak berkaitan dengan kes ini. Beberapa rakan blogger mesra kerajaan juga mengaitkan pembunuh yang kebetulan keturunan India dan ada kaitan dengan Hindraf dan DAP.

Mari kita kembali kepada pemikiran rasioanal. Ini kes bunuh. Plain and simple. Biarkan PDRM menjalankan tugas mereka hingga kerja-kerja selesai. Mari kita berdoa agar mereka dapat membawa si pesalah ke muka keadilan dan menerima hukuman yang setimpal. Ini bukan isu perkauman. India pembunuh, atau Melayu pembunuh atau Cina pembunuh tidak ada bezanya.

Apa-apa bangsa mempunyai orang jahat dan orang baiknya. Ini kenyataan universal. Kesalahan individu tidak boleh di 'bin'kan kepada bangsanya. Biarkan hanya Lim Kit Siang sahaja yang akan 'bin'kan segala perkara kepada kesalahan bangsa Melayu. Hatta jika ada lembu mati dilanggar lori juga adalah salah bangsa Melayu bagi Lim Kit Siang dan DAP.

Saya teringat cerita tentang Umar Mokhtar dalam filem 'Lion of the desert'. Dalam filem berkenaan, seorang pengikut Umar Mokhtar menembak seorang askar Itali yang sudah menyerah diri. Apabila Umar Mokhtar melarang beliau menembak lagi askar yang lain, pengikutnya berkata: "They did this to us." Dan Umar Mokhtar menjawab: "They are not our teachers."

Saya ingin melihat akhlak sedemikian ada pada pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar dan Nizar Jamaludin. Baca Minda Intelek Melayu disini.

Jangankan peribadi Rasulullah, peribadi pemimpin Libya ini pun pemimpin PAS tak boleh hendak hayati. Ini termasuk Nik Aziz.

sumber : Sri Tri Buana
..................................................................................................................................................................

Memang tak boleh lari dan sikit2 akan ada tempias dari sudut politik. Orang2 politik yg memegang jawatan dalam kerajaan perlu mengambil ikhtibar dalam mengelak isu @ kes seperti ini berlaku dalam masyarakat. Status sebagai datuk @ peguam @ ahli perniagaan tidak menjamin moral seseorang itu benar2 bagus dan menjadi contoh kepada masyarakat. Disebalik hati dermawan, pendiam dan baik dengan jiran2 dan rakan2nya, kekejaman yg dilakukan tidak mampu diterima oleh mereka2 itu!..
kalau nak disenaraikan mereka2 yang berpangkat datuk yang terlibat dalam pelbagai kes amat tinggi. Gelaran yang diberikan tanpa menyelidiki dengan mendalam dari pelbagai sudut peribadi dan luaran yang sebenar serba sedikit mencemarkan institusi yg menganugerahkan pangkat berkenaan.

Apa yang penting kita lihat barisan peguam yang bakal membela semua geng pembunuh ini. Biasa la kan.. kebanyakan kes berprofile tinggi pasti melibatkan barisan peguam bela berkenaan dan pasti juga aku rasa kes ini akan menarik perhatian barisan yang sama untuk tampil membela.




No comments: