Monday, September 27, 2010

Pembunuhan Kejam : Bukan 4 tetapi 5!!!

Hingga kini 5 mangsa berbangsa MELAYU dikenal pasti menjadi korban kepada pembunuh kejam di Banting. Semakin hari semakin panas isu ini dengan senarai mangsa yang sebenar masih belum dapat disahkan oleh PDRM. Selain peniaga dari India dan juga beberapa magsa yg belum boleh disahkan oleh polis maka kes ini menjadi semakin mengemparkan. Tetarik juga apabila ada ahli keluarga mereka mendakwa tahanan telah disiksa tetapi mereka masih tidak sedar berapa siksa keluarga mangsa pembunuhan mendapat tahu mangsa pembunuhan telah diseksa dan dibakar dan mungkin juga ada tindakan2 lain yg belum mampu digambarkan. Jika tidak dilakukan sedemikian maka adakah mereka2 ini akan membuka mulut.... macam mana harus dilayan supaya mereka memberi kerjasama sewajarnya... hidang kek? belai macam anak dara? sergah? bagi minum air oren?

.............................................................................................

Lagi Kes Pembunuhan Kejam: Jumpa tulang disyaki milik Shafik

BANTING – Pasukan polis forensik semalam menjumpai sejumlah serpihan tulang dipercayai tulang manusia selepas menggali beberapa kawasan di sekitar ladang ternakan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat semalam.
Kenderaan forensik polis masuk ke ladang ternakan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting semalam.
Satu sumber berkata, ada kemungkinan tulang tersebut milik Shafik Abdullah (gambar kecil), 37, yang dilaporkan hilang sejak April lalu.
Penemuan tersebut didakwa oleh sumber itu amat penting bagi membantu siasatan kes kehilangan ahli perniaperniagaan dari Sungai Petani, Kedah itu.


Bagaimanapun, sumber itu berkata, tulang-tulang itu perlu dianalisis terlebih dahulu kerana ia dikhuatiri bukan tulang manusia.
“Tidak ada apa yang boleh didedahkan kecuali penemuan itu mungkin boleh membantu kehilangan Shafik,” kata sumber itu lagi.
Selain tulang, satu sumber lain turut mendakwa menjumpai barangan lain yang akan dianalisis untuk mengetahui sama ada ia milik Shafik atau mangsa lain yang dilaporkan hilang.
Ditanya mengenai kehadiran sebuah jentera bomba ke ladang itu, sumber itu memberitahu, ia dipanggil dengan tujuan membekalkan air kepada pasukan penyiasat di situ ekoran ladang tersebut menghadapi masalah air.
Sebuah lori Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.) turut berada di situ didakwa bagi membantu membaiki paip pecah.


Read more: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/#ixzz10hMc1CZM

No comments: