Saturday, September 25, 2010

Pandainya!!! Baru start dah nak End!!??? Enjin belom panas lagi la beb!!!

Belum pon panas isu RM4B.. tetiba je Mamat tu kata cukup2 la.. ingat apa.. kes curi ayam.. sedekah masjid kena rembat.... anak dara lari ke lombok!!.. kes RM $ Billion tu... sekali lagi.. RM 4,000,000,000.00!!!

Senang2 je leh kata gitu... takut nak jawab lebih2 la tu.. kang tersilap cakap kantoi semua!!!.. dengan duit banyak tu bukan 40 oztad leh hantar g mekah... 4000 orang pon boleh!!!! lebih lagi pon boleh!!!

Dengan duit sebanyak itu... boleh beli Puterajaya tu!!!
Dengan duit sebanyak itu... macam2 boleh buat!!!....

Kalau isu BN.. bukan je bising.. satu Malaya @ Dunia dijaja!!!.... setiap ceruk kampung diceramah sampai orang kampung naik muak!!!.. mgkin juga buat memo untuk SPRM siasat!!!.... macam2 lagi la!!! Yang menariknya dalam isu sebegini hanya "MENGARUT" saja jadi dalam membalas pertanyaan dari para wartawan dan rakyat!!

apapon IDA ada maruah dan berunsurkan Melayu Islam so mereka bertanggungjawab untuk membersihkan nama IDA!!!



...............................
Sumber : Utusan Malaysia

Tak cadang saman I'DA World

KOTA BHARU 24 Sept. - Kerajaan negeri belum bercadang mengambil tindakan saman ke atas syarikat I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) yang dikatakan telah membuat kenyataan tidak berasas mengenai pentadbiran negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setakat ini, keputusan untuk menyenarai hitam syarikat itu daripada beroperasi di negeri ini sudah memadai.

"Tidak ada, kita berhenti setakat itu dulu, biar begitu dulu," katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di pekarangan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Eksekutif I'DA World, Abdul Rahim Abdul Wahab mendakwa telah memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM4 bilion kepada Pas negeri sebagai hadiah kerana kononnya mendapat kelulusan kerajaan untuk melaksanakan Projek Super Mega Seri Tujuh di Tumpat.

Penyampaian replika cek sumbangan itu diterima oleh adik Nik Abdul Aziz iaitu Nik Din dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan I'DA World di salah sebuah hotel di sini.

Nik Abdul Aziz semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kelmarin menyifatkan dakwaan syarikat mengenai sumbangan RM4 bilion itu sebagai mengarut dan menegaskan tidak pernah melantik mana-mana individu bagi mewakilinya pada majlis penyerahan sumbangan tersebut.

No comments: