Tuesday, September 28, 2010

Panas: Peguam!! Peguam!! Peguam!!

Kalau nak disenaraikan memang banyak kes melibatkan peguam. Tapi biasa la seperti ada kes jangkit berjangkit.. bukan sahaja kes buang anak atau kes kemalangan jalan raya.. kes yg melibatkan peguam tu berjangkit jangkit jangkit juga!!!...
Selain kes pembunuhan kejam yg melibatkan seorang peguam, hari nie dalam metro keluar berita melibatkan peguam.... so.. lepas nie apa lagi kes yg terbongkar melibatkan peguam...
jangan sampai profesional peguam menjadi kerjaya yg mengambarkan ketiadaan integrity!!!

.............................................................................................
1.

Peguam terjerat

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang peguam ditahan selepas disyaki terbabit dengan penipuan jual beli tanah berharga RM15 juta, pagi semalam.
Peguam berusia 50-an terbabit turut memperdaya kakitangan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan dengan menggunakan dokumen palsu selain memperdaya beberapa mangsa yang berurusan dengannya.


Bagaimanapun, peguam terbabit yang mempunyai modus operandi hampir sama dengan suspek utama yang membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya terjerat selepas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyerbu rumahnya di Sunway, Subang Jaya, di sini.

.....................................................................................................
2.

Didakwa palsukan geran, tipu pegawai kerajaan

KUALA LUMPUR: Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memalsukan dokumen dan menipu pegawai dan kakitangan pejabat tanah membabitkan tanah bernilai RM15 juta tiga tahun lalu.
S Tersaim Lail, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan dokumen palsu berupa cagaran iaitu satu borang 14A Kanun Tanah Negara bagi tujuan pindah milik tanah daripada seorang ahli perniagaan Liew Weng Chee kepada syarikat pelaburan Diskusi Ariff Sdn Bhd dan satu notis tafsiran duti setem pindah milik hartanah.

No comments: