Wednesday, September 22, 2010

Melayu Tipu Melayu... tu sebab ada yang tak mengaku melayu!!!

Wan Rohimi & Co tipu peneroka Felda Kemahang 3

MODUS OPERANDI WAN ROHIMI : MEMBELA ATAU MENGAUT KEUNTUNGAN

Berikut adalah antara kandungan perjanjian Wan Rohimi dengan peneroka-peneroka Felda Kemahang 3 dan tidak mustahil cara yang sama atau kandungan perjanjian yang sama akan digunapakai oleh Wan Rohimi untuk kes-kes menyaman FELDA pada masa akan datang.

Peneroka telah diminta supaya memberi kuasa mutlak yang tidak boleh dibatalkan (irrevocable) kepada pihak peguam untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Pemberian kuasa mutlak seperti ini samalah seperti kita menyerahkan jiwa dan raga kita kepada tangan seseorang untuk ditentukan nasibnya. Dengan memberi kuasa mutlak begitu, peneroka sebenarnya tidak boleh menarik diri atau bertukar fikiran.

Soalnya mengapa peneroka sanggup melakukan hal sedemikian sedangkan mereka boleh menentukan syarat perjanjian yang tidak merugikan dan kurang bebanannya kepada para peneroka sendiri?

Peneroka berjanji akan membuat apa sahaja bayaran dalam masa yang ditetapkan oleh persatuan yang mewakili mereka berkenaan kos guaman dan pengurusan serta lain-lain bayaran yang dituntut oleh pihak peguam. I

ni juga merupakan satu ikatan janji yang berat sebelah. Pihak peguam yang mewakili peneroka keluar masuk rancangan dengan memandu kereta mewah, tinggal di hotel mewah dan makan di restoran mewah yang mana semuanya keluar daripada poket peneroka sendiri. Para peneroka pula pergi ke mahkamah dengan menaiki kereta yang disewa dan terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri bagi urusan berulang-alik ke mahkamah.

Peneroka dengan sukarela berjanji tidak akan menarik diri daripada kes ini dan jika menarik diri, peneroka akan tetap bertanggungjawab membayar segala kos mahkamah yang bakal dikenakan dan kos guaman sebanyak RM5,000.00 seorang.

Ini bermakna, peguam akan dapat 30% bahagian mereka dan jika kalah peneroka masih tetap akan membayar sebanyak nilai yang ditetapkan. Dalam kedua-dua keadaan itu, peneroka sebenarnya akan menanggung kerugian tetapi sebaliknya para peguam akan terus memandu kereta mewah mereka dengan senyuman lebar ke mesin ATM.

Perjanjian tersebut juga menyatakan bahawa, perjanjian itu akan mengikat waris-waris dan wasi mereka. Ini bermakna jika mereka gagal di mahkamah dalam tuntutan mereka dan dalam tempoh itu peneroka meninggal dunia, para waris (anak-anak peneroka) masih tetap perlu membayar kos guaman yang telah ditetapkan.

Generation Cyber

From : The Unspinners

No comments: