Tuesday, September 28, 2010

Laaaa.. ini kot Pil Kuda Trojan yang Anwar katakan tu kot???

Zaid: kalau macam inilah cara pemilihannya saya rasa UMNO lebih baik

Datuk Zaid Ibrahim berkata, jawatan timbalan presiden PKR bukanlah satu kedudukan penting baginya. Sekiranya beliau tewas, beliau tidak akan mengambil tindakan keluar parti, tegasnya.
Bercakap dalam satu wawancara dengan akhbar utama, Zaid menjelaskan bahawa beliau lebih mementingkan peranan yang boleh dimainkannya, berbanding jawatan itu sendiri.



“Saya rasalah kalau macam ini cara pemilihan dalam PKR ,UMNO lebih baik dari PKR. Walaupun saya mengkritik pimpinan UMNO tetapi mereka tidak menyekat kebebasan saya. Kalau saya hendak main
politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno.



Jika dilihat fenomena pemilihan parti berbagai insiden yang berlaku.Kita selalu mengatakan UMNO parti rasuah,pengundi hantu semuanya ada dalam PKR sekarang ini. Saya dah lalui semua itu.

“Saya juga tidak akan berhenti menjelaskan isu-isu ini jika (penjelasan) itu akan menyebabkan saya akan kehilangan jawatan tertentu. Saya pernah lepaskan jawatan yang lebih tinggi daripada timbalan presiden PKR semasa dalam UMNO





Terima jika dijadikan mangsa

“Saya harus menerima jika menjadi mangsa dalam proses ini,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Katanya, beliau bagaimanapun tidak mahu dilihat terlalu kritis terhadap parti, namun beliau perlu menyuarakan masalah-masalah yang dilihatnya di dalam struktur parti terutama di peringkat bawah.

“Tidak ada kerjasama, apa yang ada ialah ketua cabang yang akur, yang bermesyuarat setahun sekali, yang akan menyokong anda bila masanya tiba. Ini bukan apa yang saya mahu,” katanya.

Beliau mengambil contoh pengalaman yang dilaluinya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor apabila beliau tewas ketika menentang calon BN. Beliau mengakui bahawa antara sebab kekalahannya itu ialah masalah kerjasama di kalangan jentera parti.

“Apabila anda pergi ke cabang-cabang di mana keahliannya kecil dan terdapat banyak puak, maka tidak ada aktiviti. Ada orang yang takrifkan kerjasama sebagai 'sekiranya saya kata sesuatu dan dia sokong saya, itulah kerjasama. Kalau pencalonan Hulu Selangor diberikan kepada saya, dia seorang pemimpin yang bekerjasama. Ada yang tengok kerjasama seperti itu.

“Saya tidak lihat begitu. Saya lihat apa yang telah anda lakukan secara berkumpulan? Adakah kita menganjurkan program sebaik yang dilakukan PAS atau membuat kutipan amal sebaik DAP? Anda tidak boleh kata, 'kita mahu ahli bekerjasama.' Bekerjasama untuk apa?
“Sebab itu saya kata, sangat penting untuk parti mempunyai pelan yang jelas, apa yang ia patut lakukan. Saya harap dengan perubahan struktur dan organisasi yang lebih jelas dan lebih baik, kita akan tarik lebih ramai ahli, barulah kita dapat tarik individu yang berkualiti.

“Sebab orang ini macam kuda, ada yang boleh berlumba, ada yang tidak. Orang begitu juga, ada yang boleh (jalankan tugas), ada yang tidak,” katanya lagi.



Azmin tawar jawatan untuk apa?

Zaid berkata beliau melihat budaya politik PKR yang menjunjung demokrasi, berpandukan persetujuan bersama, serta beraskan kemampuan dan merit.
“Kalau Azmin (Ali) bersetuju dengan saya bahawa ciri-ciri ini telahpun ada sejak 12 tahun lalu, saya tidak akan cabar sesiapa. Saya cuma akan tegaskan apa yang telah ada, tapi sekiranya budaya PKR dia berbeza daripada apa yang saya beritahu itu, maka itu bukanlah budaya PKR dan ia tidak akan pergi jauh,” katanya lagi.

Mengulas tawaran oleh Azmin sebelum ini untuk tidak meminggirkannya dengan memberikan satu jawatan, Zaid berkata Azmin hanya “bermain politik” apabila membuat tawaran itu.Saya dah masak dengan politik sebegini.

“Jawatan itu untuk apa? Jawatan untuk saya akur kepada beliau atau personaliti tertentu (Presiden)? Untuk apa? Jawatan tidak penting, tapi peranan. Apa yang saya hendak lakukan dengan cabang, dasar parti, apa yang saya hendak lakukan untuk menarik ahli baru?
“Adakah saya dibenarkan untuk tarik ahli baru? Ini yang lebih penting. Saya rasa dia cuma bermain politik, bagaimanapun saya ucap terima kasih.

“(Tawaran) ini tindakan yang
kosher (wajar) lah. Dalam pertandingan anda akan kata bahawa anda akan jaga pesaing anda. Walaupun anda seorang killer (dalam politik), anda akan kata begitu. Orang politik begitulah.


Sumber : Blog Pengundi setia sungai rapat!!

No comments: