Thursday, September 23, 2010

KEBANGGAAN MALAYSIA

Tahniah kepada Datuk Nicol....

Nicol David

Nicol juarai Terbuka Wanita Dunia

KUALA LUMPUR, 23 Sept - Datuk Nicol David sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila menjuarai Terbuka Wanita Dunia sebanyak lima kali di Soho Square, Sharm El Sheikh, Mesir, pagi ini (waktu Malaysia).

Ratu skuasy negara itu mudah menumbangkan pemain tempatan, Omneya Abdel Kawy yang juga pilihan keempat kejuaraan, 11-5, 11-8, 11-6 dalam masa 30 minit.

Kejayaan pemain yang digelar Duracell Bunny itu sekali gus menyamai rekod juara terbanyak Terbuka Wanita Dunia lima kali yang dipegang Sarah Fitz-Gerald, 41, dari Australia yang bersara lapan tahun lalu.

Fitz-Gerald memegang rekod juara Skuasy Terbuka Wanita Dunia paling banyak dengan lima kali (1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002).

Nicol pula pernah menjadi juara dunia pada 2005, 2006, 2008 dan 2009. - Agensi

No comments: