Thursday, September 9, 2010

Hadiah Aidilfitri Dari KM Penang.

Utara: Tunggu ‘diusir’


Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my
2010/09/09

SEBAHAGIAN rumah di Kampung Permatang Tepi Laut.

SEBAHAGIAN rumah di Kampung Permatang Tepi Laut.

1,400 penduduk di tiga kampung Melayu sambut Aidilfitri dalam kesedihan


GEORGETOWN: Ketika umat Islam bergembira untuk menyambut 1 Syawal, kira-kira 1,400 penduduk di tiga perkampungan Melayu di Pulau Pinang sedang menghitung hari untuk 'diusir' keluar dari rumah mereka yang dibina di atas tanah milik orang lain, walaupun diwarisi sejak nenek moyang.
Kesedihan dirasai kira-kira 200 penduduk Kampung Pokok Asam, dan 1,000 penduduk Permatang Tepi Laut yang diarahkan mengosongkan rumah masing-masing bulan depan, manakala kira-kira 200 penduduk Kampung Binjai, sudah menerima notis bulan lalu.

Ketua Unit Nelayan Permatang Tepi Laut, Mohammad Kassim Mohamed, 46, berkata jika penduduk diarahkan keluar, mereka bukan saja tiada tempat berteduh, malah menyebabkan mata pencarian hilang.

Katanya, ini disebabkan kebanyakan penduduk di situ adalah pesara kerajaan dan nelayan pantai yang sudah menetap di kampung berkenaan sejak beberapa generasi lalu serta berpendapatan rendah.

"Sebelum ini kami membayar sewa sebanyak RM3 dan RM5 setiap tapak kepada bekas tuan tanah. Bagaimanapun, sejak kawasan itu dijual, pemilik tanah yang baru terus memberi notis supaya mengosongkan kawasan berkenaan tanpa berbincang dengan penduduk,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN), Sarooni Hasan berkata, kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kassim akan mengadakan perbincangan antara pemaju dan penduduk.

"Saya difahamkan perbincangan itu akan dilakukan selepas Aidilfitri. Harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kebanyakan penduduk tiada semangat untuk meraikan lebaran seperti tahun sebelum ini selepas menerima notis,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Kampung Binjai, Basri Mastan berkata, nasib penduduk kampung di situ masih samar-samar dan tiada lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri seperti sebelum ini.
.....................................................

Syukur. ini lah yang dinamakan kearah negara kebajikan. Rakyat perlu faham ini semua dilakukan atas nama pembangunan. Rakyat kena faham kerana mereka dipilih oleh rakyat. semoga dengan nama pembangunan ini Penang akan lebih maju dan nasib rakyat lebih terbela seperti apa yang dilakukan oleh KM Penang.

No comments: