Friday, September 10, 2010

Gempar!!...PKNS Jual aset untuk buat iklan raya??

Tajuk tu sekadar omong2 kosong je!!.. tak betul pon....

Hakikatnya PKNS kaya... dah tak mampu nak urus harta yang berbillion juta trillion so terpaksa la jual sikit2 harta kat sedara mara suku sakat!!!....
Dulu ayah aku cakap la.. kalau ada harta terutama tanah ataupon rumah jangan jual sebarangan kecuali terdesak tahap maut!!.. ye la benda2 nie makin lama simpan makin bernilai... biarpon nak simpan kosnya tinggi tapi sebagai sebuah perbadanan pastinya ada cara lain atau sumber lain nak uruskan!!.. blog2 lain ada menyenaraikan kepada siapa bangunan2 itu dijual!! memang merugikan sungguh!!



......................................................................................................................................................

Sedih tengok iklan ini tetapi bila baca dibawah ini aku lagi lah sedih sebab diatas sekadar lakonan tetapi dibawah adalah reality!!

Khalid perlu jelaskan penjualan aset PKNS - Khir

SHAH ALAM 9 Sept. - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penjelasan berhubung dakwaan penjualan bersyarat beberapa aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM1.8 bilion melalui amanah pelaburan hartanah (REIT).

Beliau berkata, langkah tersebut dilihat mempunyai implikasi terhadap keyakinan serta kemampuan PKNS dalam menguruskan aset-aset miliknya.

Katanya, meskipun PKNS mempunyai rasionalisasinya dalam urusniaga berkenaan, tindakan sedemikian bagaimanapun menunjukkan kemungkinan anak syarikat kerajaan negeri itu mempunyai masalah kewangan sehingga menjejaskan operasinya.

"Apa rasionalnya kerajaan negeri jika benar menjual aset-aset milik PKNS melalui REIT. Apakah kerajaan negeri atau PKNS sendiri tidak lagi mampu untuk menguruskan aset-aset yang ada.

"Apakah juga kerajaan negeri hari ini mengalami masalah kewangan hingga aset anak syarikat itu perlu dijual. Jadi, saya minta Menteri Besar (Abdul Khalid selaku Pengerusi PKNS) memberikan penjelasan sebenar mengenai perkara ini.

"Ketika saya menjadi Menteri Besar dahulu, PKNS berada dalam keadaan yang kukuh dari segi kewangannya termasuklah memiliki aset-aset dalam jumlah yang agak besar termasuklah dalam sektor hartanah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Mohamad Khir, sekiranya kerajaan negeri mahupun PKNS melihat tindakannya itu sebagai satu strategi baru pelaburan dan pengurusan asetnya beliau menyatakan bahawa anak syarikat itu sepatutnya berusaha untuk menambahkan aset mereka, bukan sebaliknya.

Mohamad Khir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas menerusi pihak pengurusan PKNS dikatakan menjual kepentingan anak syarikat itu difahamkan kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT).

Dakwaan yang siarkan menerusi laman blog www.mykmu.net itu menjelaskan bahawa pihak pengurusan PKNS menjual aset strategiknya kepada ARREIT melibatkan hartanah Kompleks PKNS dan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) masing-masing di Shah Alam.

Selain aset berkenaan, PKNS juga dikatakan turut menjual bangunannya di Petaling Jaya termasuklah beberapa projek perumahan lain kepada syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad Khir berkata, tindakan penjualan aset-aset PKNS itu turut mencetuskan persoalan mengenai hala tuju serta fungsi penubuhan anak syarikat itu pada tahun 1964 untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi bumiputera.

Ini kerana, penjualan aset berkenaan seperti Kompleks PKNS di Shah Alam kepada ARREIT dilihat boleh mencetuskan kebimbangan sama ada matlamat untuk meninggikan taraf sosio-ekonomi bumiputera dikekalkan atau sebaliknya.

....................................................................................................................................................

No comments: