Friday, September 10, 2010

Gempar!!! Hantu Dibulan Ramadhan yg lalu!!! Terlepas lak sekor dua ye!!!

Ini yang berlaku jika tiada rasa hormat sesama masyarakat dan menjaga sesitiviti agama. Juga yang menjadi faktor utama adalah kepimpinan yang memeritah serta MENTERI yang mejaga hal ehwal agama dinegeri berkenaan. Semakin digembar gemburkan LGE membela melayu dan islam tetapi pada masa yang sama dapat dilihat secara licik adap2 menghormati agama lain semakin diketepikan. ini adalah taktik licik yg berjalan secara halus. Apabila ada isu berkaitan melayu dan islam seperti merobohkan kampung pematang laut, awal2 lagi mereka berlakon, berbuka bersama, melawat masjid, memberi sumbangan tetapi dibelakang proses menghapuskan kampung melayu, kemurnia islam terus berjalan dengan lancar. Fikir2kan lah jika anda masih mahu berfikir secara waras!


PESTA HANTU DI PINGGIR MASJID.



Hantu semakin banyak dan mengadakan PESTA pulak tu...Walaupun Iblis dan syaitan diikat sepanjang Ramadhan tetapi jelmaan hantu dari manusia terus mengaruk......

Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh di Georgetown Pulau Pinang merayu bantuan Yang di-Pertuan Agong supaya mengarahkan pihak berkuasa yang terbabit segera menghentikan 'pencabulan' sambutan Pesta Hantu Lapar yang menganggu penduduk setempat.


chief minister lim guan eng


Sejak sebulan lalu, terdapat persembahan di mana gadis muda yang berpakaian menjolokkan mata menyanyikan lagu pop Cina, Inggeris, Melayu dan juga Hindi dengan iringan muzik yang mendesingkan telinga.

Ianya tidak jauh daripada dua masjid yang bersejarah - Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh yang terletak kurang 30 meter dari satu sama lain. Bunyi muzik yang kuat itu juga menganggu umat Islam yang menunaikan solat di masjid berkenaan.

KENAPA mereka tidak mengadu kepada LGE ..MB yang diiktiraf 'khalifah' tu..Kan ke kuasa meluluskan lesen dan tapak PESTA tu dalam bidang kuasa Majlis Tempatan...

Lagi pelik PESTA dah berlanjutan sebulan ..nak RAYA dah.. baru jawatankuasa nak ambil tindakan... Mana perginya Suara PAS atau NGO lain selama itu.?

APAKAH agenda TERSIRAT pihak-pihak terlibat mengadakan PESTA Hantu berhampiran masjid dikala umat Islam berpuasa dan bertarawikh?

sumber : Blog udanggalah 63

No comments: