Saturday, September 18, 2010

Pembunuhan Kejam : Cuit-cuit buat Majlis Peguam!!

Beberapa blog menyentuh serba sedikit berkaitan Majlis Peguam yang selama ini tak boleh dijentik sedikit pon... maklum la pakar undang2... silap sikit kang ada kluar dialog.. " Jumpo ambo di Makamah"!! hahahaha...

So sempena kes kekejaman yang dilakukan seorang peguam nak tak nak tempiasnya kena gak kan majlis tu....

antara blog itu adalah...

udanggalah...

BANTAHAN TERHADAP MAJLIS PEGUAM.

MAJLIS PEGUAM GAGAL MENGESAN DAN MEMBERSIHKAN PEGUAM PENJENAYAH...Itulah, mereka selalu nampak salah orang lain tapi apa dah jadi pentabiran DALAMANnya....

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.



Dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

SEMENTARA ITU MAJLIS PEGUAM PERNAH MENDAKWA POLIS GAGAL MENJALANKAN TUGAS....

Presidennya, K Ragunath berkata setiap tahun, kira-kira 30 hingga 40 peguam dipecat oleh Majlis Peguam dan laporan polis terhadap mereka juga telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

"Dalam Majlis Peguam, kita memiliki sebuah lembaga disiplin yang tegas dan berdikari bagi menangani peguam menyeleweng, namun, hanya itulah kuasa yang kami ada, kami tidak berkuasa menghantar mereka ke penjara.

"Isu kami di sini ialah polis lambat bertindak dalam kes sedemikian. Kami bersedia membantu polis jika mereka ingin mengambil tindakan rasmi terhadap peguam menyeleweng.

..............................................................

House PK...

PENDEDAHAN BERAPI! MAJLIS PEGUAM PRO PEMBANGKANG DAN BERAT SEBELAH!?

Kes pembunuhan jutawan kecantikan Dato Sosilawati yang menggegarkan Negara baru-baru ini, melihatkan betapa berat sebelahnya Majlis Peguam dalam membicarakan tentang hal ini. Lebih-lebih lagi apabila yang disyaki terlibat adalah terdiri daripada seorang ahlinya merangkap ahli seumur hidup kepada sebuah parti pembangkang dimana Majlis Peguam dilihat begitu condong kepadanya.

Di dalam kenyataan media pertamanya mengenai kes pembunuhan ini, Majlis Peguam melalui Setiausahanya, George Varughese menafikan tidak peka kepada kes tersebut hanya kerana ia melibatkan suspek seorang peguam yang juga ahli naungannya. Alasan yang diberikan ialah tidak menerima senarai suspek dan tidak akan mengeluarkan kenyataan berasaskan spekulasi. Kenyataan penuh tersebut boleh dirujuk disini.

Inilah yang disebut dalam tulisan sebelum ini bahawa Majlis Peguam secara tiba-tiba berubah menjadi alim dan mengikut peraturan. George Varughese mungkin sudah lupa, dalam kes Kugan yang ditukar menjadi isu perkauman oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, Majlis Peguam melalui mantan Presidennya, A. Ambiga, mengeluarkan kenyataan pertama pada 23hb Januari 2009 iaitu 3 hari selepas Kugan dilapurkan mati di dalam tahanan polis iaitu pada 20hb Januari 2009. Kenyataan penuh Ambiga boleh dirujuk disini.


Berlawanan dengan kenyataan George Varughese, tiada senarai suspek yang terlibat diserahkan kepada Majlis Peguam, lapuran bedah siasat kedua juga belum dilakukan tetapi Ambiga telah pun mengeluarkan kenyataannya terlebih dahulu, menunjukkan bahawa Majlis Peguam tidak terikat kepada perkara-perkara yang disebut George Varughese di atas. Pendek dan mudah kata Majlis Peguam yang ‘mahir’ pasal undang-undang ini berbohong kepada kita semua.

Begitu juga halnya dengan kematian Teoh Beng Hock, Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan akhbarnya disini pada 18hb Julai 2009 iaitu 2 hari selepas Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16hb Julai 2009. Bukan setakat itu, Majlis Peguam mendesak pula ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian ini.

Kenapa berbeza benar kedua-dua kes ini dengan tindakan Majlis Peguam sekarang?
....................................................................................................

3 comments:

Anonymous said...

saya sokong Suruhanjaya Diraja menyiasat Majlis Peguam kerana sejak akhir2 Majlis Peguam banyak memberikan masalah dan seolah2 menjadi parti politik.

pacat said...

Proses membersih apa yang patut dalam majlis berkenaan perlu disegerakan jika tidak banyak pekara yg mengejutkan akan berlaku..

Anonymous said...

riso pembunuh2 tu terlepas kerana masalah teknikal...
mana pi org2 melayu (tak mengaku melayu) yg beria2 bersedih dgn kematian kuhan dan TBH.