Tuesday, September 28, 2010

Buang Bayi : Sang Jantan dihukum juga akhirnya!!!!

Pemuda 18 tahun merengkok dipenjara buang bayi

28/09/2010 3:42pm

MELAKA 28 Sept. - Seorang pemuda dihukum penjara dua tahun manakala kekasihnya, seorang remaja perempuan bawah umur dihantar ke Sekolah

Henry Gurney kerana kesalahan membuang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi di Ayer Keroh di sini, bulan lepas.

Majistret Mohd. Fairuz Johari memerintahkan remaja perempuan berusia 17 tahun 11 bulan itu ditahan di sekolah itu sehingga dia berusia 20 tahun.

Mohd. Zolhalmi Khamis, 18, dari Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan dan kekasihnya mengaku salah bersama-sama membuang bayi tersebut pada pukul 5.10 pagi, 11 Ogos lepas di kawasan tersebut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, remaja perempuan itu melahirkan bayi tersebut dalam sebuah tandas di kilang itu sebelum memasukkan bayi itu ke dalam beg yang kemudiannya tertuduh pertama (Mohd. Zolhalmi) meletakkan beg itu dalam tong sampah di kawasan kilang itu. - Bernama


......................................................................................................................................

Moga kes2 lain dapat juga diselesaikan sebaik mungkin dan si jantan dan betina dihukum setimpal dengan kekejaman membuang bayi.



No comments: