Wednesday, September 8, 2010

Bolasepak PERAK Ceria!!!!

Terima kasih PAFA


IPOH - Bekas pemain bola sepak Perak kini boleh meraikan Syawal tahun ini dalam suasana gembira. Jika tahun-tahun sebelum ini sambutan mungkin agak hambar, Syawal kali ini mereka boleh menarik nafas lega kerana Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) semalam membuat bayaran pertama tunggakan gaji sebanyak RM127,926.

Bonus raya itu disampaikan oleh Presiden baru PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Bekas kapten skuad Liga Super 2008 Perak, Ahmad Shahrul Azhar Soffian berkata, pembayaran tunggakan gaji tersebut adalah berita yang dinanti-nantikan selama dua tahun ekoran isu tunggakan gaji yang bermula sejak 2008.

Ujarnya, sebelum ini pelbagai usaha dilakukan untuk menuntut bayaran gaji mereka selama empat bulan dari Julai hingga September.

"Ia memang berita yang sangat menggembirakan. Saya rasa sangat bersyukur kerana segala-galanya dilapangkan.

"Ini perkembangan yang sangat baik kerana Syawal yang semakin dekat. Bagi pihak rakan-rakan, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Presiden PAFA dengan berita gembira ini," katanya.

Bagi bekas penyerang Perak, Ahmad Fakhri Saarani, sambutan hari raya tahun ini sangat bermakna kerana penantian selama dua tahun membuahkan hasil.

Ujar Fakhri, ia adalah hari raya yang paling bermakna kepada dirinya kerana masalah tunggakan gaji yang selama ini membelenggu mereka akhirnya selesai.

"Apa yang mampu saya ucapkan adalah rasa terima kasih. Saya rasa sangat gembira kerana tempoh dua tahun menunggu (tunggakan gaji) itu adalah terlalu lama.

"Raya tahun ini nampaknya lebih bermakna. Saya ada duit poket," katanya.

Bagi K. Nanthakumar, walaupun Aidilfitri akan diraikan oleh rakan-rakannya yang beragama Islam, bayaran tunggakan gaji yang diterimanya juga seolah-olah satu perayaan kepadanya.

"Sudah tentulah saya gembira kerana tunggakan gaji saya akhirnya dibayar.

"Terima kasih kepada Datuk Zainol kerana membantu kami," katanya.

...........................................................................................

Moga2 pasukan PERAK kembali menyinar seperti tahun2 sebelum ini!!!

Kejor Yoeb Kejor!!!!



No comments: