Wednesday, September 22, 2010

Berfikir sejenak.....artikel ringan2 je!



Kes Allahyarmah Sosilawati patut buka minda kerajaan UMNO
Posted on Tuesday, September 21 @ 17:32:28 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh: pro

Pembunuhan kejam ke atas Allahyarhamah Datuk Sosilawati sepatutnya memberikan pengajaran kepada Kerajaan Malaysia.

Isu ini ialah isu yang berkait rapat dengan corak pemerintahan Kerajaan BN dan juga merobek karenah birokrasi serta kedhaifan kerajaan dalam memantapkan tahap integriti dalam masyarakat.


Kes ini memberi ajaran kepada kita bahawa jika penjenayah berstatus"ikan bilis"maka ikan-ikan ini akan ditangkap dengan segera macam BN mengarahkan Polis menangkap penyokong-penyokong demostrasi isu ISA.

Namun jika penjenayah berstatus "ikan jerung"atau"tiger"maka pencarian bukti dan proses pendakwaan pun memakan masa sedangkan sudah banyak report Polis telah dibuat oleh orang awam.

Ada juga kemusykilan orang awam tentang konsep integriti pihak berkuasa seperti Polis.Apakah pihak Polis lupa dengan lencana integriti yang dipakai di baju seragam mereka hari-hari?.

Rakyat sebenarnya tidak terkejut dengan jenayah yang berlaku, kerana hari-hari mereka dihidangkan dengan berita jenayah seluruh negara namun rakyat menunggu apa solusi nya?Apakah isu ini dibiarkan sebagaimana biasa,?Apakah pengakhiran kepada drama jenayah yang berlaku?

Kejadian jenayah ini tidak akan berhenti di sini dan akan terus berlaku jika pemerintah tidak mengambil langkah pencegahan awal dan memikirkan semula tentang undang-undang sivil rekaan manusia yang sedia ada di Malaysia.

Apakah tidak boleh dikaji sistem undang-undang Islam yang meliputi Qisas,Hudud dan Takzir?Saya cadangkan kerajaan BN pergi belajar konsep undang-undang syariah ini dengan kerajaan Pas di Kelantan.

Rakyat mahukan perubahan dalam sistem negara.Kecekapan dan integriti Polis serta BPR amat diperlukan.Pimpinan Negara perlu telus dan wajib mengistiharkan harta mereka pada khalayak.Isu jenayah yang menjadi-jadi ini memerlukan tindakan segera dari bawah ke atas.Hayatilah agama dalam kehidupan dan bernegara.

Rakyat sedang melihat dan rakyat sudah bijak.BN akan dimuziumkan jika tidak memperkasakan sistem pemerintahan sedia ada.Teruskan Reform,baca dan terus sebarkan pada rakyat!

sumber : Traungkite
.............................................................................................................................................

Terfikir ku sejenak..... yang Azizan duk bising kata tunggu kelantan laksana hudud dulu baru Kedah laksana tu apa pasal. Tu belom diambil kira PAS nyatakan tidak semestinya laksana hudud kalau PR13 memberi kemenangan besar kepada PR!!...

So.. fikir2kan lah.........

No comments: