Thursday, September 2, 2010

Bendera dan sesuap nasi di Malaysia!!

Bendera ancam demonstrasi lebih besar

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Jakarta diminta segera mencari jalan untuk membawa pulang kira-kira dua juta tenaga kerja Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara dengan lebih 17,000 kepulauan itu.

Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), Mustar Bona Ventura Manurung berkata, selepas kesemua warga Indonesia itu pulang, Jakarta perlu segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Tegasnya, langkah itu perlu memandangkan Kuala Lumpur enggan meminta maaf kepada Jakarta dan seluruh rakyat Indonesia berhubung beberapa insiden yang telah mengeruhkan hubungan kedua-dua negara selama ini.

“Jadi kemarahan rakyat Indonesia itu kini tidak lagi dapat dikawal dan mungkin tindakan para pendemonstrasi akan menjadi lebih agresif beberapa hari akan datang.

“Kesemua ini gara-gara keegoan Malaysia untuk meminta maaf serta kelemahan Indonesia sendiri dalam menyediakan peluang pekerjaan kondusif buat semua rakyatnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bendera yang cukup vokal dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam siri demonstrasi membabitkan isu hubungan Kuala Lumpur-Jakarta sebelum ini sekali lagi bangkit membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin negara itu oleh polis Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

........................................................................................................................................................

bukan sahaja Indonesia perlu membawa pulang rakyat mereka malah kerajaan malaysia perlu lebih active untuk menghantar pulang rakyat indonesia dan mengantikan tenaga kerja dari indon dengan negara2 lain. Bukan kerana ego, bukan kerana sombong, bukan kerana marah tetapi jika tidak bersalah kenapa perlu meminta maaf. Dah terlampau banyak isu yg malaysia biarkan, dah banyak pekara mengguriskan hati malaysia tetapi masih dimaafkan namun jika berterusan maka perlu ada tindakan dari kerajaan malaysia dalam menangani isu sebegini pada masa depan.


No comments: