Saturday, September 18, 2010

Apabila Lee Kuan Yew "BERKOKOK"... Tahi kat buntutnya berderai2!!!!

Apabila LKY berbunyik tentang Malaysia maka akan ada unsur2 dalaman SIngapore yg dinilai dan diteliti adakah selari dengan apa yg dikatakanya. Kalau nak disenarai pendek pon rasanya tk perlu la dan infomasi kepincangan system politik dan sosial disana lebih teruk. Sistem kawalan sosial, agama, politik menidakkan suara2 pembangkan, kebebasan rakyat dan sebagainya... Pemerintahan yg diturunkan kepada anaknya dan penguasaan ekonomi oleh kumpulan keluaganya jelas meraka merasakan Singapore adalah milik FAMILY LEE bukan milik rakyat singapore.


Dibawah adalah suara2 dari insan2 kecil di Malaysia biarpon telah banyak komen dan tentangan dari pemimpin Malaysia kecuali dari DAP dan MCA. Hayati lah....(dipetik dari UTUSAN MALAYSIA)
...............................................................................................................................................................


LEE KUAN YEW MEMBOHONGI SEJARAH

MENTERI Mentor Singapura tidak perlu pura-pura berasa sedih kononnya Singapura dipaksa keluar dari Malaysia. Janganlah membohongi sejarah. Soalnya, apakah negara itu akan menikmati kemerdekaan tanpa menyertai Malaysia pada 1963?

Kalaulah Tunku Abdul Rahman menolak permintaan Singapura untuk keluar dari Malaysia, hingga sekarang beliau tidak merasa jadi Perdana Menteri.

Jadi, eloklah beliau tidak campur tangan dalam urusan Malaysia. Kami rakyat Malaysia hidup aman dan sejahtera kecuali bagi mereka yang sama fikiran dengan Lee Kuan Yew dan suka mengadu-domba rakyat semata-mata kemaruk kuasa.

Mereka ini seperti Lee Kuan Yew yang suka mengapi-apikan perkauman dan sering menganggap golongan minoriti disisihkan. Lee Kuan Yew tidak layak mempersoalkan hak istimewa orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan dan kontrak sosial negara ini.

Ini kerana keadaan di Malaysia jauh lebih baik daripada negara itu. Lihat apa yang berlaku di Singapura. Apakah mereka cukup adil kepada rakyat yang berbagai kaum itu? Apakah Singapura sebuah negara demokratik memberi kebebasan bersuara seperti di Malaysia? Tanyalah media massa di sana. Apakah ada ‘press freedom’ seperti media massa di Malaysia?

Sebenarnya, kita di Malaysia tidak berminat untuk bercakap negatif tentang Singapura kerana menghormatinya sebagai jiran. Tetapi sebaliknya Singapura tak habis-habis cemburu dan menuduh itu dan ini kepada Malaysia.

Kita pun faham inilah sifat ‘infiority complex’ orang yang berasa menjadi hero tetapi tiada siapa mahu mengiktirafnya. Singapura mahu menjadi hero kepada Asia Tenggara. Soalnya, bolehkah Singapura hidup tanpa jirannya, terutama Malaysia dan Indonesia?

Lee Kuan Yew jangan bermimpi mahu menjadikan Malaysia seperti Singapura yang tidak demokratik itu. Apa lagi dasar Malaysian Malaysia yang diwariskannya kepada DAP di Malaysia mahu disemarakkan kembali dengan membangkitkan isu perkauman.

Itulah yang mungkin melukakan hati Lee Kuan Yew apabila berpisah dari Malaysia. Beliau sedang bermimpi untuk suatu ketika Singapura kembali bersatu bersama Malaysia sebagai suatu cara menghidupkan semboyan Malaysian Malaysianya. Tidak mustahil DAP juga menunggu saat itu.

Kalau saya meminta rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu supaya sedar akan hal ini, tentu akan ada orang menuduh saya bersikap perkauman.

Maka sudah sewajarnya sempena Hari Malaysia bagi rakyat yang tahu menghargai hati dan budi, waras pemikiran serta tahu menilai realiti dan kebenaran menolak permainan pelampau politik yang mahu merosakkan perpaduan rakyat dan keamanan negara.

Biarkan pelampau politik yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi itu menjadi luncai yang terjun dengan labu-labunya. Apakah kita sanggup mengorbankan segala kenikmatan yang dikecapi selama 53 tahun merdeka ini?

Tepuk dada cari jawapannya. Jangan biarkan para pendusta berjiwa rakus itu menjahanamkan masa depan agama, bangsa dan negara.

M. HANAFIAH A. SAMAD

Pekan Baru, Parit Yusof, Muar, Johor


.................................................................

CERMIN DIRI SENDIRI

NAMPAKNYA orang itu semakin nyanyuk. Mungkin juga tertekan kerana terpaksa menjaga isteri yang sakit. Kedua-dua faktor nyanyuk dan tertekan membuatkan Lee Kuan Yew (LKY) bercakap semberono, tidak berasaskan fakta dan sejarah, dan lebih teruk mencampuri urusan dan hal ehwal negara jiran, Malaysia. Siapa LKY yang layak bercakap begitu. Cermin dulu diri sendiri, baru sibuk pasal orang lain.

Di mana kebebasan yang dibanggakan sangat olehnya. Saya yang mempunyai saudara di Singapura yang menetap di rumah pangsa diberitahu bahawa suara azan tidak boleh kuat kedengaran. Yang kaum Cina pula, tak boleh pasang colok di rumah pangsa. Kalau pasang juga sebab nak sembahyang, akan kena tindakan tegas. Tetapi di Malaysia, orang Cina bebas melakukan adat dan budaya mereka.

Pasang mercun berdentum-dentum pada malam Tahun Baru sehingga menganggu ketenteraman awam, pasang colok bersaiz gergasi di halaman rumah dan di tepi-tepi jalan yang asapnya menyesakkan hidung, pelihara anjing yang kuat menyalak – semuanya boleh dilakukan dengan bebas dan selamat di Malaysia.

Tetapi jangan harap, semua itu dapat dilakukan di Singapura. Jadi, apa kebebasan yang dibanggakan itu? Saya masih hairan sehingga hari ini, dan memerlukan LKY menjawap semua persoalan tersebut.

SHAM

Ayer Keroh, Melaka

..............................................................................

No comments: