Thursday, September 2, 2010

Anwar kata dia pertahan.. Izzah kata ada apa dengan hak melayu!!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk mencermin dirinya sendiri apabila membuat penegasan agar Perlembagaan serta hak dan kepentingan Melayu-Islam yang termaktub dalam perkara 152 dan 153 dipertahankan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, dalam masa sama, Anwar perlu menilai semula setiap perkara yang dilakukannya selama ini sama ada bertepatan dengan apa yang diucapkannya.

Menurutnya, sebagai permulaan untuk mengotakan apa dikata, Anwar diminta untuk berterus-terang dengan akar umbi Pas mengenai komitmennya dengan parti itu dalam menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam.

"Bagi saya semua ini wayang. Semua itu tidak pernah ada dalam perancangannya. Beliau sebelum ini buat kenyataan mahu pertahan Perlembagaan sedangkan Pas mahu ubah Perlembagaan jadi negara Islam.

"Jadi bagaimana mahu pertahan Perlembagaan? Saya percaya beliau hanya akan meneruskan apa yang Barisan Nasional lakukan selama ini dan penyokong-penyokong Pas terpedaya. Lebih baik berterus terang dengan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dalam perutusan merdeka yang disiarkan di blognya, http://anwaribrahimblog.com, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan keperluan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.



Beliau dalam perutusannya itu turut menggesa agar peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan dipertahankan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan selain mengesyorkan agar dibatalkan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa


...............................................................................................................................................................

Kebanyakan blog mempertikaikan kenyataan sempena Merdeka yg dikeluarkan oleh Anwar. Sepertinya tidak relevan sungguh kenyataan berkenaan dengan tindakan2 yg dilakukan Anwar dan PKR. Tetapi apabila anaknya sendiri mempertikaikan Hak Melayu di Tanah Air sendiri maka nampak sangat siayah (ketam) takkan berjaya mengajar anaknya (umang2) berjalan betul.

No comments: