Tuesday, September 7, 2010

Anwar ibarat LEMBU Dicucuk Hidung!!!



KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini, dipersoalkan oleh bekas Exco kanan parti itu.

Zamil Ibrahim yang juga bekas Setiausaha PKR Kedah melihat pelantikan penasihat parti itu ke jawatan tersebut sebagai sesuatu yang pelik.

"Ia jelas membuktikan Azmin memang mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia Anwar sehingga membolehkannya mempergunakan ketuanya itu bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mendakwa Anwar sedang giat berkempen untuk memastikan Azmin menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu kelak.

"Anwar akan mengecam teruk siapa sahaja yang tidak bersama dan menyokong Azmin. Siapa yang tidak berbuat demikian maka Anwar mengecam mereka sebagai pembelot dan penderhaka yang mahu mensabotaj parti.

"Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Naib Presiden PKR itu mampu 'tarik hidung' Anwar?"katanya-Utusan

..............................................................................................................................................................

Tiada yg pelik lagi dah apa yg berlaku dalam PKR sekarang. Ada ke patut Suami kepada Presiden PKR jadi Panglima Kempen kepada salah seorang calon timbalan Presiden!!?? ada akai ka diorang nie!!.. kalau betul2 nak naikkan si Azmin tu tak perlu la nak tunjuk pertandingan ala2 demokratik sedangkan hakikatnya semua mata nampak apa yang berlaku!!.. adil ka macam tu?? adil ka kepada Zaid.. adil ka kepada ahli PKR yg ingin menyokong calon2 lain?... adil kot kat mata Anwar!!

Inilah hasil2 daripada kotoran2 Umno lalu yg melaungkan keadilan tetapi hakikatnya tiada pon istilah keadilan dalam diri mereka!!...
Dan jelas Anwar sebagai ketua keluarga beristerikan Azizah menjadi kuda tunggangan Azmin dalam meraih jawatan idamannya. Kalau ketua keluarga dah kena PEGANG pastinya Azizah sekadar menurut je.. tak turut kang kena XXXX!! lak!!

So.. ini kah parti yg boleh mengantikan BN memerintah dan mentadbir pelbagai kaum di Malaysia ini???

Fikir2kan lah!!!

No comments: