Friday, September 17, 2010

Ada suara memerli Azizah selaku Presiden Boneka ?

PKR Arau mahu Anwar tanding jawatan presiden



ARAU - Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Arau, Hashim Bakar mahu penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai presiden bagi membolehkan lebih banyak perubahan dilakukan dalam parti.

“Semua ahli menghormati saudara Anwar dan kehadirannya sebagai presiden amat dialu-alukan dan kami akan menyokongnya,” katanya.

Menurutnya, Anwar dilihat mampu memulihkan keadaan kucar kacir dalam PKR.

"Bagaimanapun, jika Anwar enggan dicalonkan, PKR Perlis tetap menyokong (Datuk Seri) Wan Azizah sebagai presiden," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Johari Shafie berkata, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli untuk memilih dan mencalonkan sama ada Anwar atau Wan Azizah sebagai presiden memandangkan mereka mempunyai pengaruh besar dalam PKR.

"Biarpun Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, mahu setiap cabang mencalonkan Anwar sebagai presiden parti menggantikan isterinya, PKR Perlis bagaimanapun menyerahkan kepada ahli membuat keputusan.

Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, Zamri Sapar pula berkata, pihaknya menyerahkan kepada kematangan ahli untuk memilih calon yang paling layak menerajui parti itu.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak," katanya.
......................................................................................................

Emmm... Anwar dah terus terang tidak berani lawan bini sendiri sbb mgkin kalau terbukti bersalah terpaksa serah jawatan presiden kepada timbalannya Sang Azmin so dengan rasa sayu dan pilu Anwar menyatakan tidak akan tandingi jawatan Presiden. Selagi Azizah sebagai presiden maka anwar masih boleh guna remote control dari dalam penjara tetapi kalau Azmin berkuasa maka mgkin anwar akan kekal dalam penjara selamanya @ presiden seumur hidup penjara sungai buluh dan Azmin akan membentuk acuannya sendiri didalam PKR. maklum la rahsia Anwar dalam kocek Azmin.
tetapi ada jugak cabang PKR yg tak reti bahasa dan faham cerita sebenar.. makan gatal buntut lak nak calonkan Sang anwar selaku Presiden. Hahahaha.. nampak sangat diorang geli geleman berpresidenkan seorang Wanita !!!!!....

No comments: