Tuesday, August 17, 2010

TUN DR MAHATHIR DEDAHKAN HUBUNGAN INTIM ANWAR DENGAN GORE & WOLFOWITZ... SILA BERI PERHATIAN YE!!!

Semalam Tun Mahathir secara sinis menulis artikel "GORE, WOLFOWITZ AND ANWAR" yang Kumbang kira akan menyebabkan individu yang anti kepada beliau terutamanya Anwar Ibrahim dan rakan-rakan yahudinya terasa dan panas hati. Amat menarik sekali artikel ini tidak langsung digunakan oleh blogger-blogger pro Anwar untuk kempen mereka walaupun jelas tertulis Tun seakan-akan mengakui melakukan kezaliman terhadap Anwar. Tun menulis :

And therefore when Anwar the great statesman and my deputy in the Government and the party, challenged me, I charged him with sodomy, beat him up severely and put him in solitary confinement for years.
Jika dibaca sambil lalu memang ayat di atas boleh digunakan blogger Pro Anwar untuk menghentam Tun seperti kononnya video pengakuan Tun menzalimi Anwar sebelum PRU ke-12 lalu tetapi ternyata apabila mereka membaca keseluruhan artikel di atas mereka sendiri malu menyokong orang bernama Anwar Ibrahim.

Ringkasan Artikel

Tun M memulakan tulisan beliau dengan menulis secara sinis menyatakan beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri negara dunia ketiga tidak tahu apa itu demokrasi, keadilan dan undang-undang. Seterusnya beliau menulis seakan-akan mengaku yang beliau memenjarakan Anwar kerana mencabar beliau.

Tun Mahathir kemudian mengajak pembaca mempersoalkan kenapa bekas timbalan beliau dan seorang rakan beliau (Ku Li) tidak menerima nasib yang sama seperti Anwar walaupun mereka cuba menjatuhkan beliau malah mencabar beliau di dalam pilihanraya sedangkan jika beliau kejam beliau boleh melakukan apa sahaja kepada mereka.

Selepas itu Tun M sekali lagi secara sinis mengatakan Anwar dituduh kerana salah guna kuasa dan meliwat kerana mahkamah menerima arahannya selaku Perdana Menteri.

Tetapi Tun M kemudiannya mempersoalkan pula kenapa kerajaan masih mengekalkan skrip sama yang menjadi makanan Anwar dan Anwar masih dituduh meliwat sedangkan Perdana Menteri sudah bertukar orang.

Tun M juga sekali lagi secara sinis mengatakan kerajaan sengaja menangguhkan perbicaraan kerana mahu Anwar bertanding di dalam pilihanraya seterusnya sedangkan adalah lebih mudah kerajaan menang jika Anwar tidak bertanding.

Konklusinya, Tun M secara sinis menggesa rakyat Malaysia untuk menerima nasihat daripada pemimpin-pemimpin negara Amerika Syarikat yang datang dari negara yang mengamalkan demokrasi dalam PBB iaitu dengan mewujudkan kuasa veto, tidak mempedulikan PBB ketika menawan Iraq, menipu tentang senjata berbahaya di Iraq, menggunakan bom berangkai dan uranium, membunuh beribu-ribu rakyat Afghanistan dan Iraq, menahan orang Islam di Guantanamo tanpa bicara,menghalalkan penderaan tahanan dan menyokong kelakuan zalim rakan-rakan mereka.

Atas sebab itu, Tun M secara sinis menggesa rakyat Malaysia menerima nasihat daripada pemimpin Amerika Syarikat negara yang menjalankan pembunuhan untuk demokrasi dan kebebasan.

Tun M di akhirnya mengucapkan terima kasih kepada Al Gore dan Paul Wolfowitz yang kini menikmati keseronokkan di atas perang Iraq. Tun M juga secara sinis mengatakan rakyat Malaysia seharusnya menyokong rakan mereka di Malaysia (Anwar) atas nama demokrasi walaupun dituduh melakukan sesuatu yang normal(liwat) di negara mereka Amerika Syarikat.

.................................................................

Mampu ke pengikut2 Anwar terutama juak2 PAS berfikiran @ fikir dari sudut yg sepatutnya?? kalau kitab diorang lebih kepada seperti yg dibawah nie memang tk boleh nak ubah dah kot!!!!!.....


1 comment:

Bingai @ Bangang said...

hehehe... Tun M belum nyanyuk lagi! masih boleh bersenda berseloka.

Ada yang lebih muda dari Tun pun dah cakap semalam lain hari ini lain. Lepas tu nak buat benda lain kata berdasarkan cadangan dari Tun M.

Aku yang Bingai
Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang