Thursday, August 12, 2010

Tony Pua terima peluru, nota ugutan!!!

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Anggota Parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara Tony Pua membuat laporan polis selepas menerima nota ugutan mati dan sebutir peluru semalam.

Pua berkata, peluru itu dan nota tersebut dihantar ke pusat khidmat beliau di Damansara Utara yang tertulis dari Tangkak, Johor.

"Apabila salah seorang pembantu saya membuka surat itu, beliau mendapati nota itu berserta dengan sebutir peluru. Saya dan pembantu saya buat laporan polis di balai polis Damansara Utama pada kira-kira pukul 4.30 petang.

"Kemudian, kita dipanggil untuk beri keterangan kepada pegawai penyiasat malam tadi,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Pua, yang juga ketua publisiti DAP, tidak memberitahu kandungan nota ugutan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP, Arjunaidi Mohamad mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. - Bernama


................................................................


Hahahaha.. taktik dikala isu semakin panas... nie kerja orang2 depa gak!!! nak tunjukkan bahawa bangsa lain bertindak macam penganas la tu!!! libatkan peluru!!.. usah la berlakon lagi.. bayangkan kes2 sebelum nie konsep sama je.. nota.. peluru... ingat apa... cara lain dan lebih baik tak de ke untuk selesai isu macam nie....


3 comments:

udanggalah said...

Puh...Nasib baik peluru, kalau bom jangka x sempat nak buat laporan polis gamaknya....

Bingai @ Bangang said...

Terimakasih kerana menjadi "Followers" di blog Tendang Terajang. Blog anda telah saya senaraikan di dalam "Blog Followers 2"

YB = Yang Bingai @ Bangang
Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit di Tendang Terajang

pacat said...

Bro udang!! dia nak hantar pon pandai dia pilih.. pluru je.. kalau bom jangka sure diri sendiri mati katak sblm sempat pos!!! hhahaha... nota yg dihantar ayattt baik je!!! tk mengerikan langsung!!