Saturday, August 7, 2010

Soi Lek kena belajar Islam dengan PAS

Soi Lek kena belajar Islam dengan PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu belajar Islam daripada ulama PAS yang terdiri daripada ulama yang beramal.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menasihatkan Soi Lek jangan belajar Islam daripada bukan ahlinya atau daripada musuh Islam.

Sehubungan itu, katanya PAS merasa simpati dengan kenyataan Soi Lek yang menyalahkan Islam kerana negara tidak maju.

“Kenyataan yang keluar daripada seorang yang kurang memahami Islam dengan lebih mendalam.

“PAS menyeru kepada beliau belajarlah Islam daripada ahlinya dan rujukan asalnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS juga, katanya mengingatkan Soi Lek supaya jangan melihat orang Islam yang memimpin negara ini, sebaliknya kena mengkaji Islam daripada sumber asal.

PAS, ujarnya tidak menafikan Chua tidak faham Islam kerana bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenarnya.


...............................................................................

kataku fikir ku : agak2 korang sapa pemimpin PR dari kalangan DAP atau PKR yg belajar islam dgn PAS? nampaknya seperti tiada yg dari kalangan pemimpin PR yg menghormati keislaman PAS. Yang mencabar islam ramai la. Isu Kuil, isu Azan, Isu tulisan jawi dan sebagainya tidak mencerminkan PAS mampu menjadi guru kepada rakan2 pakatan. Jika benar islam PAS menyemarakkan kefahaman Pakatan tetapi kenapa rumah urut makin berleluasa, premis judi tk ditutup, kilang arak tak disentuh pon isu penutupan seperti diwarwarkan dulu?

No comments: