Tuesday, August 10, 2010

Sayalah orang yang mulakan penubuhan PKR, sayalah juga bela Anwar


KLANG 9 Ogos - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang terlibat menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak meninggalkan parti itu kerana kecewa ia terus tersasar jauh daripada perjuangan asalnya.

Menurutnya, beliau melihat PKR pada hari ini telah berubah kepada parti yang tidak bermoral sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan politik sempit mereka.

"Sayalah orang yang memulakan penubuhan PKR dan saya jugalah orang yang membela Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika beliau dalam penjara dahulu.

"Namun saya tinggalkan PKR pada hari ini. Bukan kerana masalah peribadi tetapi saya tinggalkan atas dasar memelihara dan mempertahankan agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau menyampaikan ceramah pada program Jelajah Selamatkan Selangor Darul Ehsan di sini malam tadi.

Program tersebut dihadiri kira-kira 500 orang di sekitar Kampung Jalan Kebun dan sekitar kawasan Parlimen Kota Raja.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Tambah Mohamad Ezam, Anwar juga berbohong kepada rakyat apabila mengutuk kezaliman zionis ke atas umat Palestin tetapi pada masa yang sama meminta maaf kepada Yahudi ketika mengadakan ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Dalam pada itu, katanya, Anwar juga merupakan seorang pemimpin yang pandai bermuka-muka apabila menyatakan sokongan terhadap prinsip negara Islam Pas tetapi mengutuk prinsip tersebut apabila berjumpa dengan pemimpin DAP.

"Apabila berjumpa Pas, dia kata dia sokong dan bersama-sama dengan Pas untuk menubuhkan negara Islam tetapi apabila berjumpa DAP, dia kata konsep negara Islam Pas tidak akan menjadi kenyataan.

"Inilah pemimpin yang tidak ada prinsip, tiada kejujuran, dia hidup dengan pembohongan. Saya tahu, sebab saya bersama dengannya sebelum ini sebagai Setiausaha Politik," jelasnya.

Sementara itu, Isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta tampil mendedahkan kepada rakyat mengenai sikap sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan negara ini daripada mengalami kerosakan lebih besar.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Wan Azizah perlu berbuat demikian atas kapasiti seorang Islam bagi mengelakkan negara ini dirosakkan oleh pengkhianat dan manusia yang munafik.

"Saya minta Wan Azizah ceritakan sikap sebenar suaminya kerana beliau tahu setiap rahsia dan sikap Anwar yang sebenar.

"Semua itu saya tahu kerana Wan Azizah sendiri pernah ceritakan semuanya pada saya. Kami dahulu amat rapat sehingga beliau memanggil ibu saya dengan panggilan bonda," katanya.

Permintaan Ezam disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih 600 hadirin pada Ceramah Perdana Isu Semasa 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan' di Dewan Rela, Jalan PJS 8/9 di sini malam tadi.

Ezam menambah, meskipun Wan Azizah mendakwa tidak terlibat dengan perkara yang dilakukan Anwar, namun Presiden PKR itu perlu sedar bahawa beliau boleh dianggap bersubahat kerana mempertahan dan berdiam diri mengenai perilaku suaminya.

"Memang benar, sebagai isteri beliau perlu taat dan setia kepada suami. Namun beliau tidak boleh bersubahat dan perlu bertanggungjawab menyelamatkan negara ini daripada kerosakan," katanya.

"Wan Azizah tidak patut bersubahat dengan membiarkan Anwar memfitnah Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan entah berapa ramai lagi hanya kerana kepentingan dirinya," tegas Ezam.


Petikan dari Utusan Malaysia

......................................................................................................................................................................


Mampu kah penyokong2 PKR menerima kenyataan diatas? tentunya tidak kerana bagi mereka hati, jiwa, fikiran dan roh perjuangan mereka sama seperti DSAI. Biar apapon kenyataan, bukti, pendedahan, pengakuan dan tindakan, perjuangan mereka untuk melihat Malaysia ranap dibawah DAP dan yahudi tidak boleh diubah. Mereka sanggup melihat agama sendiri dilacur, bangsa sendiri dihina, saudara sendiri diludah hanya kerana politik yg sempit. Sama2 kita tingkatkan usaha agar Malaysia akan sentiasa terselamat dari anasir2 dalaman seperti ini.

No comments: