Wednesday, August 18, 2010

Sama2 Kita Bangkit Untuk Maruah Bangsa Melayu!!!

Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa mengingatkan Chua Soi Lek agar tidak bermain api dan menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu berhubung penghapusan ekuiti 30% bumiputera dalam perniagaan. Bukan itu sahaja, Nasaruddin Mat Isa turut menegaskan kaum Bumiputera-Melayu masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina dalam bidang perniagaan, malah dalam bidang-bidang yang lain juga.

Pendapat Nasaruddin Mat Isa, turut disokong oleh PAS Selangor menerusi lisan Ketua Penerang PAS Selangor, Roslan Shahir. (BACA SINI)

Pada masa yang sama, Lim Guan Eng mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP agar tidak campur tangan dalam 'perbalahan' antara UMNO-MCA. Sebahagian daripada pemimpin PAS pula beranggapan 'perbalahan' UMNO-MCA itu hanyalah lakonan semata-mata bagi meraih sokongan.

Apa macam Tuan Perdana Menteri Malaysia yang baik hati? Semua pihak Melayu sudah bersuara dan masing-masing tetap dengan pegangan bahawa hak keistimewaan Melayu tidak boleh diusik hatta dengan alasan untuk lebih memajukan perdagangan negara.

Sumber : The Flying Kick

.................................................................................................................................................................

Jika suara2 dah didengari didalam PAS apabila isu bumiputera diganggugugat maka perlulah diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih jelas. Apabila MCA dan DAP berpadu suara maka PAS dan UMNO perlu berpada tenaga. Jika jaguh PAS berani Berkokok maka jaguh UMNO kena lah lebih gagah dari Khir Toyo dan Si Arip dalam menterjemah kegusaran mereka terhadap pelakun lucah MCA.

Orang kuat UMNO mana nie.. duk dalam kelambu main lambung telur ke?? Bangun dan bangkit la.. bersuara selaku jaguh sebenar bukan menanguk di air keruh!!!...

UMNO kini kena memikirkan bentuk kerjasama lain dalam memenangi hati rakyat dan memenangi PRU akan datang.

" Benar lah seperti kata datuk ku... "Melayu kalau tak bersatu dan hilang kuasa politik akan seperti lalang lalang di jalanan"!!!!

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

"Air dicincang tak akan putus"

Syabas kepada YB Nasha!

Aku yang Bingai
Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang

pacat said...

Yes bro.. air yg dicincang takkan putus tetapi ada melayu2 yg cuba menangguk di air keruh dalam isu sebegini!!!... sepatutnya melayu yg sebegini kena cincang dulu!!!!