Monday, August 9, 2010

Politik Taksub PAS

MENYENTUH soal politik dan agama yang tidak dapat dipisahkan sememangnya benar wujud di zaman Rasulullah, itu pun politik yang bermaksud Daulah Islamiah atau "kerajaan Islam" kerana masjid dan institusi ibadat hanya dijadikan tempat untuk merujuk mengenai perkara berbangkit dalam soal akidah, fikah, tauhid , tauhid ubudiah dan lain-lain lagi sebagai mana jelas di dalam hadis yang Shahih al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain lagi.

Apabila Jibrail bertanya kepada Rasulullah, apakah iman, Islam dan ihsan, lalu baginda menjawab (setelah Jibrail berlalu, ) kepada Saidina Umar " itulah Jibrail, dia mengajar kamu, agama kamu".

Bertitik tolak dengan sabda nabi itu, difahami di sini bahawasanya itulah hakikat agama yang tidak ada percanggahan dan perdebatan dan itulah yang diamalkan dari zaman sahabat hingga kini.

Ada pun politik kepartian seperti yang maklum pada hari ini tidak ada hubung kait dengan agama sedikit pun, kalimah siasah yang diterjemahkan dengan politik adalah tidak tepat dan amat kabur, apatah lagi kalimah siasah tidak wujud di zaman nabi dan hanya wujud ketika zaman khalifah-khalifah Islam sahaja.

Dalam Islam, hakikat politik ialah melaksanakan hukum Islam dan kebiasaannya adalah pekerjaan kadi-kadi atau pemerintah Islam atau Amirul Mukminin, bukan pekerjaan rakyat jelata

Inilah yang perlu difahami oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyokong parti itu. Menyentuh isu mengenai larangan berpolitik dalam masjid yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada pandangan saya apa yang dititahkan oleh sultan itu benar dan tidak lari daripada kehendak agama. seterusnya disini..

....................................................................................

Biarpon satu parti tetapi jika isu yg ditegur tidak menguntungkan parti dan membongkar keburukan yg selama ini diketahui ramai, ahli2 pas akan tetap menolak kebenaran. itu lah sifat2 yg menjadi kelemahan utama islam ala PAS.

No comments: