Wednesday, August 25, 2010

PAS Perlu Fokus Dasar PR, Bukan Hudud Dan Negara Islam !! PAS menuju Sekular!!!

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad meminta supaya PAS memfokuskan kepada polisi-polisi umum Pakatan Rakyat dan bukannya kepada hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Menurut kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa media alternatif semalam, beliau berpendapat bahawa perkara yang disuarakan oleh pemimpin utama partinya seperti Mursyidul Am, Naib Presiden dan Ketua Pemuda bukan sebahagian daripada kerangka polisi umum (CPF) Pakatan Rakyat itu sendiri.

Sambil menyifatkan PAS sebagai Parti Islam Demokratik dalam sebuah budaya politik campuran, beliau meminta semua parti komponen PR termasuk PAS sendiri bergerak diatas mandat yang diberikan oleh rakyat semata-mata dan tidak memaksa rakyat untuk menerima Islam.

Dzulkefly juga mendesak supaya semua komponen parti menghentikan pendebatan tersebut kerana ia dikhuatiri akan menggagalkan PR untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Sebelum itu, Mursyidul Am PAS meminta supaya Karpal Singh dan Lim Kit Siang memahami hukum hudud dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi alternatif kepada hukuman sivil pada hari ini dalam mengatasi masalah sosial seperti zina, rogol dan buang bayi.

Cadangan tersebut disambut oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau meminta supaya pihak non Muslim tidak perlu khuatir terhadap hukum hudud kerana ia hanya dilaksanakan kepada orang Islam sahaja. Pandangan beliau disokong oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi pula semalam meminta supaya PAS mempertimbangkan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam kerana ia satu tindakan yang sia-sia.-ANN

.............................................................................................................................................


Dungu bin ajaib!!!..... Abis yg selama nie pas dok kata perjuangkan hudud dan negara isle tak direstui oleh PR la ye. Yang mana penting.. isle ke persahabatan? kalau kerana sahabat dalam PR tu diketepikan ISLE biarpon seketika (seketika dalam istilah diorang!!) adakah halal dan selari dengan perjuangan sebagai seorang isle? Biarpon mgkin nik ajiz kata tu pandangan peribadi tp itu semua untuk sekadar untuk menutupi mata telinga mulut juak2 PAS tapi hakikatnya agenda PAS kena selari dengan PR supaya rakan2 lain tk tarik muka masam kat nik ajiz nak lagi sang Anwar dan Uncle Karpal.. LGE dgn LKS memang tersenyum sentiasa bila nik ajiz berkata2!!!...

No comments: