Tuesday, August 31, 2010

PAS masuk kuil dan Kebebasan Beragama di PERAK!!!

KLANG, 30 Ogos: Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.



Baru-baru ini, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah dan bercakap kepada para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat.

Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.





"Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam," tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu.

sumber : Harakah
.........................................................................................................................................................


Ni la kerja harakah melaga2kan isu yg timbul. adakah jika orang islam boleh mengunjungi kuil atau tokong maka bukan islam boleh memasuki masjid sewenang2nya. Ketetapan fatwa tetap menjadi keutamaaan " NIAT MENGHALALKAN CARA" tidak boleh diguna pakai dalam isu ini. Niat Dr berkunjung ke kuil adalah lebih menjuruskan memberi penerangan berkaitan islam tetapi isu di selayang dan serdang perlu dilihat dari sudut tertib dan adap didalam rumah ALLAH!!! sekali lagi RUMAH ALLAH!!.. siap menyampaikan taskirah didepan para jemaah islam dan kaum lelaki islam termasuk pak imam. kesilapan dah berlaku dan masyarakat islam perlu belajar dan membetulkan keadaan bukannya memgembangkan isu ini ke rumah ibadat lain seperti gereja dan kuil!!!...

Dan saya harap DR dapat menyambung atau meluaskan lingkup penerangannya berkaitan islam yang syumul dan adil kepada PUAK2 KECOH yg ingin menyampaikan memorendom kepada Sultan Perak Semalam berkaitan KEbebasan Beragama!!!

No comments: