Wednesday, August 11, 2010

Noh alim-alim kucing: Hasan Ali alim alim apa lak??


SHAH ALAM - Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendesak supaya pusat-pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan.

"Pemimpin berkenaan seolah-olah 'alim-alim kucing' kerana mencabar ianya ditutup sepanjang bulan Ramadan sahaja.

Katanya, setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja.

“Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin UMNO. Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim,” katanya.

Sebelum ini, Noh mencabar Kerajaan Negeri Selangor supaya menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu bagi menghormati bulan Ramadan dan mengelakkan tuduhan Pas berada di bawah telunjuk DAP.

Malah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo juga pernah mencabar kerajaan negeri Selangor menutup premis perjudian dan rumah urut.

Sumber : Sinar
...................................................................................................

Wahai Datuk Dr. Hasan Ali, jika PAS tau tiap2 bulan pon haram kenapa tak tutup gak?? Adakah alasan @ memperli kecetekan ilmu seseorang itu hanya sekadar untuk menutup kepincangan menunaikan janji yg dilaungkan sebelum ini? Akui lah jika sememangnya tak mampu melaksanakan bukan main taichi @ silambam berkaitan isu2 sebegini. Mungkin juak2
PAS dan PR yg lain nampak jawapan dari Datuk bernas sungguh tetapi sebenarnya adalah sebaliknya.

No comments: