Friday, August 27, 2010

Nik Aziz sifatkan tunjuk perasaan anti-Malaysia memalukan!!.. Burukkan Malaysia macam mana lak??

27/08/2010 1:09pm

KOTA BHARU 27 Ogos – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai “memalukan”.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan.

"Memang perkara itu memalukan kerana kita berjiran, sebangsa dan seagama, kenapa boleh jadi begitu? Ini memalukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz sebelum itu diwawancara sebuah stesen televisyen Indonesia, TV One.

Beliau yang diminta mengulas insiden Isnin lepas itu juga berpandangan Malaysia dan Indonesia adalah seperti dua beradik yang seharusnya menjadi contoh baik kepada negara lain. – Bernama

..................................................................................................................................................................

Ada pon komen nik ajiz pasal indon2 yg brengset tu!!!..

Tapi sebenarnya aku tunggu gak komen dia untuk IZZAH yg burukkan MALAYSIA di INDON juga!! .... mgkinkah dia setuju dgn sekutunya itu ataupon tak berani nak komen takut nuar tunjuk penumbuk kat dia!!!??

Dah la Pemuda Umno tak dak telur dalam membuat bantahan... nik ajiz sekadar ngomel2 n komen2 sinis takkan jadi apa la sbb ada kemungkinan dalang sebenar adalah dalam negara ini sendiri!!!



mari kita tengok sapa yang kena!!!!


No comments: